Seorang yang dinamakan sahabat itu adalah insan yang sentiasa berada di belakang kita dan kadangkala kita di belakangnya. Ada masa kita dibantu dan pada masa lain di pula dibantu. Ada masa kita disokong dan ada masa kita yang perlu menyokong.
Hubungan persahabatan bukanlah sejenis one-way relationship tetapi two-ways relationship. Seringkali kita meminta untuk mendapatkan seorang sahabat yang sangat baik terhadap kita, yang ada ketika diperlukan (a friend in need katanya), yang boleh membantu dalam kesusahan...
Tapi sayang kita terlalu sibuk mencari sampai terlupa untuk menjadi. Ya. MENJADI SAHABAT YANG BAIK. Kita selalu menginginkan yang terbaik untuk diri kita padahal kita terlupa yang orang lain juga mahukan yang terbaik daripada kita.
"Sampai hati dia buat aku macam ni. Tak dilayannya aku. Apa dia fikir aku tunggul ke?"
"Eleh, mintak tolong sikit pun susah. Kalau macam ni baik tak payah kawan la..."
"Kalau aku tahu kau macam ni, aku takkan kawan dengan kau dari dulu lagi!"
Ayat-ayat ini sering didengari, kalau bukan dari drama kaca tv, pasti dari orang sekeliling kita sendiri. Yes, kita dikelilingi oleh orang yang macam ni kerana kebanyakan kita hanya tahu jual ikan (dibaca SELFISH). Lihat semula diri kau menggunakan mata hati. Adakah kau, seorang sahabat yang sebenarnya atau berselindung di sebalik tabir 'selfishness'?
Mencari sahabat yang baik bukan mudah, tapi bukan mustahil. Menjadi sahabat yang baik juga bukan mudah, juga tidak mustahil. *mata bercahaya....
Antara ciri sahabat yang baik itu adalah apabila kita melihat mukanya kita teringat kepada Allah SWT. Alangkah beruntungnya bagi siapa yang bersahabat dengan orang yang sebegini rupa kerana mereka akan sentiasa ingat untuk mentaati Allah sepanjang masa dan menjauhi laranganNya. For example, ketika terlintas dalam fikiran kau mengenai idea untuk melakukan maksiat, dan ketika itu kau ternampak wajah sahabat kau.. dengan ajaibnya perasaan nak lakukan maksiat tu hilang dengan izin Allah. Mungkin kerana kau malu dengannya, atau mungkin atas sebab lain. Apa pun alasan kau, sedarlah bahawa sahabat seperti itu adalah orang yang harus kau dekati.
Mudah memahami dan difahami.
Biar aku kongsikan satu cerita benar tidak menipu lagi sahih yang berlaku pada diri aku sendiri. Semua tahu yang kehidupan seorang mahasiswa tidaklah mudah, bermula dari pelajaran sehingga kewangan dan pengurusan. Ada seorang kawan aku terpaksa mengikat perut sebab tak ada duit. Kami selaku kawan serumah sedar tentang perkara ni tapi entah macam mana terlupa seketika. Dengan selamba aku kami turun ke kafe, tapau makanan dan naik semula ke rumah. Ketika nak makan, baru teringat tentang kawan tadi, yang tak berduit, hanya meihat kami dari jauh.
'Ya Allah bodohnya aku. Patutnya aku kena faham perasaan dia. Macam mana nak buat ni?' Masa tu timbul perasaan bersalah kerana tak mampu memahami perasaan sahabat lain.
Tiba-tiba telefon aku berbunyi. Makcik aku beritahu yang dia nak ajak keluar ke bandar. Masa tu terasa gembira sangat. Telefon dimatikan. Aku panggil sahabat aku tu, dan terus aku beri lauk aku pada dia.
Masa tu aku terfikir, mungkin Allah izinkan perkara ni jadi bila timbul perasaan untuk memahami keadaan sahabat lain. *senyum
Sahabat yang baik juga adalah sahabat yang mengajak kita kepada kebaikan bersama, dan menjauhi keburukan bersama. Kalau boleh berpimpinan tangan bersama ke syurga. Sekiranya kita dimasukkan ke neraka, dialah orang yang berusaha menarik tangan kita keluar dari situ. Sekiranya kau ada kawan yang hanya sentiasa menyokong kau, ketika buat dosa khusunya, maka ketahuilah itu bukan sahabat. Itu pak turut. Carilah orang lain yang lebih layak untuk dibuat sahabat.
"Tapi dia ni sahabat lama aku. Dah lama kami kenal. Takkan nak tinggalkan macam tu je?"
Tak sedar lagi ke? Masa ni lah kau kena buktikan yang kau sahabat yang sejati. Kaulah orang yang bertanggungjawab untuk jadi yang terbaik untuk diri dia.
Ukhuwah itu manis, bahkan lebih manis daripada madu. Ukhuwah itu magis, kerana dapat menyatukan jiwa-jiwa yang berlainan. Ukhuwah itu hebat, kerana dapat melahirkan insan-insan yang hebat juga.
Ukhuwahfillah abadan abada.
Ukhuwah kerana Allah selama-lamanya.
#APK
Jom Jadi Muslim Ohsem
Followers
Sunday, 16 August 2015
A friend in need
Friday, 19 June 2015
Bulan Mengasah Taqwa
Ramadan tiba, Ramadan tiba, Ramadan tiba ~~~
Teringat lagu Opick yang dinyanyikan Matluthfi90 dalam video beliau 'Benda benda melayu/muslim sebut bila Ramadan'.
Bila sebut saja Ramadan pasti semua dah letak mindset dalam kepala yang sebesar 2 penumbuk tu : "Bulan yang kita tak boleh makan dan minum sesuka hati macam hari biasa". Betulkan? Well, sejak dari kita di bangku sekolah lagi dah disuapkan dengan mentaliti macam tu, so bila dah besar pun ramai lagi yang fikir Ramadan adalah BULAN TANPA MAKAN DAN MINUM pada waktu siang sahaja.
Chop chop chop....
Apakah pengertian Ramadan hanya setakat itu? (Kalau camni budak tadika pun boleh jawab).
Tidak ya anak-anak semua, (dah macam gaya bapak orang pulak) :p
Ramadan tidaklah hanya diertikan dan dikaitkan dengan berpuasa daripada makan dan minum semata-mata pada waktu siang. Justeru apakah tuntutan puasa yang sebenar?
Baik. Sekarang semua belek Tafsir Al-Quran, buka, cari Surah Al-Baqarah, 2: 183.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."
Nah! Inilah tuntutan sebenar puasa pada bulan Ramadan, supaya menjadi insan yang bertaqwa. Bagi siapa yang masih fikir puasa hanya untuk berlapar dan berdahaga (ada ke?), mohon ubah mindset anda. Takut nanti dituduh mengamalkan fahaman serong. Hahaha. Hambar sikit di sini.
Tahukah anda, nikmat yang Allah S.W.T berikan kepada kita, orang muslim dan mukmin pada bulan Ramadan adalah maha terbanyak sekali. Hah! Nampak hiperbolanya di situ ?! Di manakah tersembunyinya segala kebaikan tu? Jom kita check.
1. Nilai pahala digandakan. 1 amalan wajib dalam bulan Ramadan = 70 amalan wajib bulan biasa. Contohnya kalau hangpa solat subuh sekali dalam bulan Ramadan pahalanya sama cam hangpa solat subuh 70 kali bulan lain. (Tapi jangan nak memandai kata lepas ni tak payah solat sebab dah dapat pahala 70 kali ganda. Bagi penampaq buaya baru tau :3). Camtu jugak dengan pahala amalan sunat. 1 amalan sunat = 1 amalan wajib. Lihatlah dan rebutlah peluang yang telah disediakan di hadapan mata oleh Tuhan yang Maha Pemurah.
2. Sebagai pengecas iman. Sepertimana yang dikatakan oleh ramai tokoh ilmuan dan alim ulama, Ramadan ni tak lain dan tak bukan seperti bulan mengecas keimanan kita. The analogy is given, kita ni adalah bateri smartphone. Apabila digunakan selalu maka semakin berkurang amaun tenaga yang tinggal. Lama kelamaan bila dah masuk kritikal level, 15 %, nanti keluar notification 'battery low. Please plug in to recharge'. Normally, kita akan terus mencucuh palam pengecas untuk menambah tenaga bateri bukan? Atau bagi yang kaya sikit boleh beli powerbank yang banyak dijual macam cendawan tumbuh lepas hujan. Begitulah perihal Ramadan. Ia ibarat powerbank yang menjadi sumber mengecas yang penting supaya 'bateri keimanan' kita boleh digunakan dan bertahan untuk melakukan pelbagai kerja dakwah dan tarbiyah. (Dipetik dan diolah daripada artikel majalah JOM! edisi terbaru. Sila beli untuk mengetahui lebih lanjut.)
Apakah mustahil untuk kita menjadikan Ramadan tahun ini lebih baik daripada tahun tahun sebelumnya? Of course la tidak kan. Apa yang anda perlukan cuma sedikit motivasi untuk menjadikan Ramadan anda lebih ohsem. Ingatlah bahawa RAMADAN KALI INI MUNGKIN YANG TERAKHIR. Makanya cubalah sedaya upaya untuk make it as the best Ramadan in our life.
#IhyaRamadan
#brocuba
Friday, 24 April 2015
Introspeksi
Adakalanya, saya terfikir. Mengenai diri sendiri, keluarga, kawan-kawan, masyarakat, politik, pelajaran, dunia dan lain2. Sampai lama kelamaan jadi bingung (dibaca bengong). Entah, tak tahu kenapa.
Mungkin saja kerana tak menjumpai jawapan kepada apa yang difikirkan. Atau, tidak tahu ke mana arah tujuan pemikiran itu. Maksudnya, berfikir dengan sekadar mengingat semula; tanpa berbuat apa2.
Saya rasa saya tergolong dalam kategori pemikiran ke 2.
Saya ingin berkongsi salah satu isu yang saya fikirkan. REALITI MASYARAKAT. Yes. Im thinking of all of you and myself too.
From my point of view, kita tengah hidup dalam satu suasana yang sangat kaya dari sudut materialistik, tapi papa kedana dari sudut jiwa. Perhatikan saja, dunia realiti mahupun dunia maya.
Di dunia realiti, insan2 kaya wang dan harta tidak mengambil peduli kepada yang hidup melarat. Insan2 yang miskin pula, duduk lenggang tidak berusaha, berharapkan hujan emas turun dari langit suatu hari nanti agar hilang beban yang ditanggung. Sakit jiwa apakah ini?
Macam mana pula di alam maya?
Sesetengah golongan yang tak bijak, mencari populariti dengan menjatuhkan orang lain. Ramai yang memerhati, namun malangnya turut sama menyumbang untuk menjatuhkan.
Just look at certain posts in the social media. Bila ada orang menyebarkan keburukan, bacalah komen2 yang ditulis. Majoritinya mengutuk lagi keburukan tu. Tak boleh lupa, tambahan ayat2 kesat yang sangat tak menggambarkan ketamadunan.
Didikan moral yang pernah diberi hilang begitu saja. Akhlak2 Islam yang pernah diajarkan oleh ibu bapa hancur.
Anda akan kata saya prejudis. Mungkin juga anda akan kata saya berfikiran kolot dan sempit.
Adakah meninggalkan kata2 kesat itu kolot? Sempitkah pemikiran saya kalau tak mengkritik keburukan orang lain?
Kadang2 saya bertanya pada diri sendiri. Bila perkara ini akan berakhir? Adakah esok? Lusa? Minggu hadapan? Bulan hadapan? Tahun hadapan? Sedekad?
Dan saya sedar. Perubahan takkan berlaku jika kita tidak memulakannya.
Allah S.W.T berpesan kepada kita melalui kitab Al-Quran, dalam surah Al-Ra'd ayat ke 11.
"Sesungguhnya Allah tak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka mengubah diri mereka sendiri"
Nampak? Perubahan memerlukan kepada usaha. Bukan setakat pasang niat. (Actually, lagi teruk kalau takde niat langsung nak berubah) Niat itu terletak dalam hati. Jika elok hatinya, maka baiklah sang pelaku.
"Sesungguhnya dalam jasad manusia terdapat seketul daging. Jika elok, maka eloklah seluruh tubuhnya. Jika buruk, maka buruklah seluruh tubuhnya. Ketahuilah bahawa ia ialah hati."
(Hadis)
Begitulah. Segala permasalahan jiwa yang timbul adalah kerana hatinya bermasalah. Jangan ditanya apa sebab bermasalah. Semak dulu Hubungan anda dengan Allah, Tuhan yang mencipta anda dan memberikan nikmat yang tidak terhitung. Terjagakah atau terabai?
Pilihan di tangan anda. Dan sentiasa ingat. Allah memilih kita menjadi hambaNya. Laksanakan suruhan. Tinggalkan larangan.
#APK
Wednesday, 11 March 2015
Tuesday, 3 March 2015
Pasca SPM, seorang pra mahasiswa
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Segala puji dipanjatkan kepada Allah S.W.T, rabb sekalian alam, Tiada Ilah selain-Nya. Hanya kepada-Nya kami sembah, dan hanya kepada-Nya kami memohon pertolongan dan bantuan.
Caption: Gambar tidak ada kena mengena dengan mana-mana ajaran sesat atau tingkah laku aneh.
Cuma seorang pelajar yang merasa bebas setelah menamatkan peperiksaan SPM nya dahulu. Dan semalam dia dan semua calon SPM 2014 di seluruh negara menerima keputusan mereka.
Ada yang merasa happy, gembira tak terkata kerana mendapat keputusan yang baik. Lantas khabar gembira ini disambut dengan jayanya. Ibu dan bapa ditelefon, bapa dan ibu saudara serta sepupu ber'whatsapp', status FB dikemaskini, gambar-gambar bersama guru dan teman seperjuangan di'upload' di Instagram dan sebagainya.
Jika anda melakukan perkara-perkara di atas, ketahuilah!
Saya juga begitu. ;)
Namun, ada juga segelintir kita yang merasa sedih, lara, patah hati, kecewa, hiba dan sebagainya. Terlalu banyak perkataan yang boleh menggambarkan perasaan apabila tidak mampu mendapat keputusan yang terbaik. Rasa malu yang teramat, berjalan menghadapkan muka ke bumi, tunduk sampai cecah tanah! Cuba sedaya upaya untuk mengelak daripada bergaul dengan orang lain. Lebih drastik, menukarkan profile picture FB.
Saya bercakap melalui pengalaman. (mohon tidak ada yang menaruh perasaan marah)
Pada pendapat saya, golongan Pasca SPM ni terbahagi kepada 4.
1. Berjaya dan meneruskan kejayaan
-Golongan ini adalah individu yang boleh diberi tabik hormat! Dengan segala nikmat yang Allah beri, ditambah dengan usaha mereka yang sanggup belajar overtime, bersengkang mata, menelan bergelen-gelen kopi pekat semata-mata mahu mencapai kejayaan dalam peperiksaan. Berbekalkan kesedaran yang tinggi, mereka tidak lalai dengan kenikmatan yang bersifat seketika ni. Tetapi mereka meneruskan lagi usaha sehingga ke menara gading. GAMBATTE!
2. Tidak berjaya dan mahu berjaya
-Sekiranya golongan di atas mendapat tabik hormat, maka golongan ini perlu mendapat setinggi-tinggi sanjungan kerana mereka mampu untuk keluar daripada pahitnya realiti kegagalan dan bangkit menuju kejayaan. Kemungkinan besar mereka menyedari, SPM hanyalah ujian penilaian. Kebolehan sebenar ditentukan bila menjejakkan kaki di alam IPT kelak. Semoga golongan ini dipermudahkan urusan oleh Allah Taala.
3. Berjaya dan lalai dalam kejayaan
-Golongan ini adalah golongan yang merbahaya. Benar, kejayaan mereka dalam SPM perlu dibanggakan. Namun perlu ingat, SPM ibarat kunci yang menentukan masa hadapan. Dan kita yang memegang kunci tersebut. Apalah gunanya, jika kita hanya memiliki sebuah kunci bagi sebuah gudang yang penuh dengan emas, tetapi dek terlalu gembira kita lalai kemudian menghilangkan kunci tersebut. Bukankah itu kerugian yang amat besar?
Sama juga jika kita menggunakan emas di dalam gudang tersebut dengan cara yang salah. Macam tu lah perbandingan ilmu. Ilmu diperoleh apabila kita memiliki kunci yang betul, dan ilmu menjadi bermanfaat bila digunakan pada jalan yang Allah redhai. Nah, camtu!
4. Tidak berjaya dan mahu terus gagal
-Saya akan menganggap golongan ini adalah golongan yang 'tertidur' kerana mereka tidak sedar dengan keadaan semasa. Mungkin 'tertidur' atau sengaja 'tidur', cuba melarikan diri daripada masalah tanpa menyedari mereka sedang lemas di dalamnya. Golongan ini memerlukan semangat baru, pembimbing atau motivasi daripada rakan-rakan sekeliling supaya mengajak mereka bersama-sama menggapai kejayaan. Bukan ke kalau nak berjaya, kena berjaya bersama?
Dan jika anda yang membaca post ini, tergolong dalam golongan yang ke-4 maka kenal pasti kawan yang sanggup membantu anda.
A FRIEND IN NEED IS A FRIEND INDEED.
#APK
Monday, 23 February 2015
SAAD AS-SULAMI
Setelah Saad dihalau , Maisarah berjumpa abinya Wahab dan berkata " Apakah bapak sudah tolak lamaran Saad , sedangkan itu adalah perintah Rasulullah ." Barulah Si Wahab nie sedar dan terus pergi berjumpa dengan Rasulullah dan meminta maaf kepada Saad . Akhirnya , Wahab menerima Saad sebagai bakal menantu .
Tetapi , Saad seorang yang miskin dan tidak mempunyai harta . Rasulullah perintahkan Saad untuk meminta sedikit wang kepada para sahabat . Antaranya Umar , Abu Bakar dan Abdul Rahman Auf . para Sahabat memberi bukan sedikit , malah lebih banyak berbanding yang diperlukan oleh Saad .
Akhirnya , Saad cukup duit untuk membuat persiapan untuk walimah . Dan , Pada suatu hari ... Ada panggilan perang tetapi Rasulullah dan sahabat tidak memberitahu Saad kerana Saad akan bernikah tak lama lagi .
Walaupun Saad tak tahu ada panggilan perang tetapi , Hatinya seolah-olah mendapat panggilan Jihad itu . Jadi , Saad menggunakan wang yang diberi oleh sahabat untuk membeli kelengkapan perang . ( Perang apa lupa ==" )
Jadi , apabila tiba di medan perang semua kehairanan siapakah gerangan pemuda yang memakai pakaian lengkap perang dengan menunggang kuda baru ini . Para sahabat tidak mengetahui kecuali Rasulullah bahawa itu Saad As-Sulami . Lalu , sahabat bertanya siapakah gerangan Saad ni . Lalu , Rasulullah berkata bahawa itu Saad As-Sulami .
Akhirnya , Islam berjaya menumpaskan tentera Kuffar tetapi Saad As-Sulami telah Syahid dalam perang tersebut . Rasulullah sedih melihat jasad Saad yang terbujur kaku sehingga menampak aurat Saad . Selepas Rasulullah sedih , Rasulullah pandang ke langit dan tersenyum . Tiba-tiba Rasulullah paling kan muka dari langit ke jasad Saad .
Lalu Sahabat yang melihat reaksi Rasulullah itu lalu bertanya kepada Rasulullah kenapa baginda melakukan perkara sedemikian .
Rasulullah menjawab " Pada mulanya aku sedih melihat jasad Saad kerana beliau sanggup meninggalkan persiapan pernikahan semata-mata untuk perang dan akhirnya beliau Syahid . Dan ketika ku memandang ke langit aku dapat melihat Saad di syurga Allah dan aku tersenyum . "
Sahabat bertanya " Kenapa Rasulullah berpaling dari langit ? "
Rasulullah menjawab " Ketika Saad di Syurga Saad dilayan oleh beribu-ribu Bidadari sehingga ternampak auratnya dan Aku berpaling kerana malu . ----------- THE END ----------
JADI BEGITULAH KISAH SAAD AS-SULAMI .
ADAKAH KITA SANGGUP TINGGALKAN PERNIKAHAN SEMATA-MATA UNTUK PERANG ?
SAYA YAKIN HANYA SECEBIS SAHAJA MANUSIA SANGGUP . JADI , SEBAGAI KESIMPULAN SAMA-SAMA KITA MENJADI PEMUDA YANG BETUL-BETUL SAYANGKAN AGAMA KITA IAITU ISLAM √√
( Second writing by QM )
Tuesday, 10 February 2015
Mutiara di sebalik palitan lumpur
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Mari mulakan dengan satu pandangan yang lahir jauh dari benak fikiran saya.
SEORANG YANG BUKAN USTAZ/ USTAZAH TIDAK BOLEH MEMBERI TAZKIRAH.
Apakah pendapat anda? Adakah pendapat saya benar, dan anda menyokong saya? Seorang ustaz hanya berada di masjid atau sekolah sahaja, barulah boleh bertazkirah. Benarkan..
Atau, tugas memberi tazkirah terbuka kepada sesiapa sahaja. Tanpa mengira darjat, pangkat mahupun kasta yang dibina oleh manusia sendiri. Dan anda membangkang pendapat saya!
BENAR ATAU TIDAK?
*garu kepala
"AM, oleh kerana anda sangat emosional kali ini..bertenang sebentar. Boleh terangkan dulu apa itu tazkirah? Kita go through slow-slow ya?"
Ehem 3x...
'Tazkirah' merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Arab (bahasa syurga) yang bermaksud peringatan. Secara mudahnya difahami bahawa Tazkirah adalah peringatan supaya kembali mengingati Allah Azza wa Jalla, Tidak ada Tuhan selain-Nya.
Tazkirah boleh diibaratkan seperti makanan rohani. Dalam menghadapi hidup sehari-hari, tubuh badan kita memerlukan tenaga untuk melakukan kerja-kerja fizikal. Bersegera ke kelas, bersengkang mata bagi menelaah pelajaran, bersenam di gym untuk memastikan jasmani sentiasa sihat dan sado (amboi -_-). Dan tenaga-tenaga yang diperlukan datangnya daripada sumber makanan yang kita ambil setiap hari.
Kerana sifat iman itu yazid (meningkat) dan yanqus (menurun).
Hmm, saya telah berjaya membawa anda jauh daripada perihal sebenar yang nak dibincangkan ya?
Terus kepada jawapan bagi pandangan saya, saya benar-benar berpendapat hanya ustaz/ustazah yang layak memberi tazkirah. Bukan orang lain. Titik! Siapa yang menyokong saya, kita sekufu.
Dan sesiapa yang menyatakan orang yang bukan ustaz/ustazah juga berhak memberi tazkirah, bererti anda telah membangkang pandangan saya sekeras-kerasnya. Saya ucapkan tahniah kerana pemikiran anda bersikap lebih terbuka. *tepukan untuk diri sendiri
Benar, saya berpendapat hanya ustaz/ustazah yang layak memberi tazkirah. Tapi itu pada zaman dahulu. Zaman saya tidak mengenali Islam dengan sebenar-benarnya. Kini, anyone can give tazkirah. (acah ambik trademark air asia).
Pendirian saya berubah ketika saya melawat tapak pembinaan rumah yang dikendalikan ayah saya sendiri. Ketika kami makan tengah hari bersama para pekerja, kami melihat sekumpulan petani tengah solat di tengah sawah. Satu pemandangan yang menginsafkan, mungkin. Kemudian, salah seorang daripada pekerja tadi berkata:
"Baguh deme ni, semaye tengoh sawoh bila masuk waktu. Zame loni ore banyok bagi alase tokseiy semaye. Kotorlah.. Itulah..Inilah."
Saya sentap seketika. Pakcik ni...
"Dekat akhirat nanti, semua ye ado di sekeliling kito ake jadi saksi. Bade kito jadi saksi ke diri sendiri, binate jadi saksi pada kito, bumi pun jadi saksi, malaikat kane dan kiri dan last sekali Allah sendiri jadi saksi."
"Jange fikirlah demo bole nok nipu kat akhirat nanti. Katolah demo tak semaye, pahtu demo oyak demo semaye. Benda-benda hok (disebut) tadi tu nanti jadi saksi belako. 'Nawok mung!' Tok rajin semaye tapi nipu pulok."
Sejujurnya, saya memerhati pakcik tersebut agak lama. Dia tidak belajar tinggi. Sekadar sekolah menengah sahaja. Pekerjaannya tidaklah bergaji besar. Tukang bina rumah cuma. Namun, apa yang dikatakan sangat bermakna. Menyedarkan kami, umat Nabi Muhammad yang kadangkala culas nak menunaikan solat.
Laksana mutiara di sebalik palitan lumpur.
#JomJadiBaik
#AllahPilihKita
#AM