tag:blogger.com,1999:blog-44442881476671919862024-03-05T01:55:28.973-08:00#APKJom Jadi Muslim OhsemAnonymoushttp://www.blogger.com/profile/09266994458168987526noreply@blogger.comBlogger20125tag:blogger.com,1999:blog-4444288147667191986.post-46768144948431374822015-08-16T00:22:00.001-07:002015-08-16T00:22:56.158-07:00A friend in need
Seorang yang dinamakan sahabat itu adalah insan yang sentiasa berada di belakang kita dan kadangkala kita di belakangnya. Ada masa kita dibantu dan pada masa lain di pula dibantu. Ada masa kita disokong dan ada masa kita yang perlu menyokong.
Hubungan persahabatan bukanlah sejenis one-way relationship tetapi two-ways relationship. Seringkali kita meminta untuk mendapatkan seorang sahabat yang sangat baik terhadap kita, yang ada ketika diperlukan (a friend in need katanya), yang boleh membantu dalam kesusahan...
Tapi sayang kita terlalu sibuk mencari sampai terlupa untuk menjadi. Ya. MENJADI SAHABAT YANG BAIK. Kita selalu menginginkan yang terbaik untuk diri kita padahal kita terlupa yang orang lain juga mahukan yang terbaik daripada kita.
"Sampai hati dia buat aku macam ni. Tak dilayannya aku. Apa dia fikir aku tunggul ke?"
"Eleh, mintak tolong sikit pun susah. Kalau macam ni baik tak payah kawan la..."
"Kalau aku tahu kau macam ni, aku takkan kawan dengan kau dari dulu lagi!"
Ayat-ayat ini sering didengari, kalau bukan dari drama kaca tv, pasti dari orang sekeliling kita sendiri. Yes, kita dikelilingi oleh orang yang macam ni kerana kebanyakan kita hanya tahu jual ikan (dibaca SELFISH). Lihat semula diri kau menggunakan mata hati. Adakah kau, seorang sahabat yang sebenarnya atau berselindung di sebalik tabir 'selfishness'?
Mencari sahabat yang baik bukan mudah, tapi bukan mustahil. Menjadi sahabat yang baik juga bukan mudah, juga tidak mustahil. *mata bercahaya....
Antara ciri sahabat yang baik itu adalah apabila kita melihat mukanya kita teringat kepada Allah SWT. Alangkah beruntungnya bagi siapa yang bersahabat dengan orang yang sebegini rupa kerana mereka akan sentiasa ingat untuk mentaati Allah sepanjang masa dan menjauhi laranganNya. For example, ketika terlintas dalam fikiran kau mengenai idea untuk melakukan maksiat, dan ketika itu kau ternampak wajah sahabat kau.. dengan ajaibnya perasaan nak lakukan maksiat tu hilang dengan izin Allah. Mungkin kerana kau malu dengannya, atau mungkin atas sebab lain. Apa pun alasan kau, sedarlah bahawa sahabat seperti itu adalah orang yang harus kau dekati.
Mudah memahami dan difahami.
Biar aku kongsikan satu cerita benar tidak menipu lagi sahih yang berlaku pada diri aku sendiri. Semua tahu yang kehidupan seorang mahasiswa tidaklah mudah, bermula dari pelajaran sehingga kewangan dan pengurusan. Ada seorang kawan aku terpaksa mengikat perut sebab tak ada duit. Kami selaku kawan serumah sedar tentang perkara ni tapi entah macam mana terlupa seketika. Dengan selamba aku kami turun ke kafe, tapau makanan dan naik semula ke rumah. Ketika nak makan, baru teringat tentang kawan tadi, yang tak berduit, hanya meihat kami dari jauh.
'Ya Allah bodohnya aku. Patutnya aku kena faham perasaan dia. Macam mana nak buat ni?' Masa tu timbul perasaan bersalah kerana tak mampu memahami perasaan sahabat lain.
Tiba-tiba telefon aku berbunyi. Makcik aku beritahu yang dia nak ajak keluar ke bandar. Masa tu terasa gembira sangat. Telefon dimatikan. Aku panggil sahabat aku tu, dan terus aku beri lauk aku pada dia.
Masa tu aku terfikir, mungkin Allah izinkan perkara ni jadi bila timbul perasaan untuk memahami keadaan sahabat lain. *senyum
Sahabat yang baik juga adalah sahabat yang mengajak kita kepada kebaikan bersama, dan menjauhi keburukan bersama. Kalau boleh berpimpinan tangan bersama ke syurga. Sekiranya kita dimasukkan ke neraka, dialah orang yang berusaha menarik tangan kita keluar dari situ. Sekiranya kau ada kawan yang hanya sentiasa menyokong kau, ketika buat dosa khusunya, maka ketahuilah itu bukan sahabat. Itu pak turut. Carilah orang lain yang lebih layak untuk dibuat sahabat.
"Tapi dia ni sahabat lama aku. Dah lama kami kenal. Takkan nak tinggalkan macam tu je?"
Tak sedar lagi ke? Masa ni lah kau kena buktikan yang kau sahabat yang sejati. Kaulah orang yang bertanggungjawab untuk jadi yang terbaik untuk diri dia.
Ukhuwah itu manis, bahkan lebih manis daripada madu. Ukhuwah itu magis, kerana dapat menyatukan jiwa-jiwa yang berlainan. Ukhuwah itu hebat, kerana dapat melahirkan insan-insan yang hebat juga.
Ukhuwahfillah abadan abada.
Ukhuwah kerana Allah selama-lamanya.
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/09266994458168987526noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4444288147667191986.post-80465347154797955042015-06-19T06:46:00.001-07:002015-06-19T06:46:11.184-07:00Bulan Mengasah Taqwa
Ramadan tiba, Ramadan tiba, Ramadan tiba ~~~
Teringat lagu Opick yang dinyanyikan Matluthfi90 dalam video beliau 'Benda benda melayu/muslim sebut bila Ramadan'.
Bila sebut saja Ramadan pasti semua dah letak mindset dalam kepala yang sebesar 2 penumbuk tu : "Bulan yang kita tak boleh makan dan minum sesuka hati macam hari biasa". Betulkan? Well, sejak dari kita di bangku sekolah lagi dah disuapkan dengan mentaliti macam tu, so bila dah besar pun ramai lagi yang fikir Ramadan adalah BULAN TANPA MAKAN DAN MINUM pada waktu siang sahaja.
Chop chop chop....
Apakah pengertian Ramadan hanya setakat itu? (Kalau camni budak tadika pun boleh jawab).
Tidak ya anak-anak semua, (dah macam gaya bapak orang pulak) :p
Ramadan tidaklah hanya diertikan dan dikaitkan dengan berpuasa daripada makan dan minum semata-mata pada waktu siang. Justeru apakah tuntutan puasa yang sebenar?
Baik. Sekarang semua belek Tafsir Al-Quran, buka, cari Surah Al-Baqarah, 2: 183.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."
Nah! Inilah tuntutan sebenar puasa pada bulan Ramadan, supaya menjadi insan yang bertaqwa. Bagi siapa yang masih fikir puasa hanya untuk berlapar dan berdahaga (ada ke?), mohon ubah mindset anda. Takut nanti dituduh mengamalkan fahaman serong. Hahaha. Hambar sikit di sini.
Tahukah anda, nikmat yang Allah S.W.T berikan kepada kita, orang muslim dan mukmin pada bulan Ramadan adalah maha terbanyak sekali. Hah! Nampak hiperbolanya di situ ?! Di manakah tersembunyinya segala kebaikan tu? Jom kita check.
1. Nilai pahala digandakan. 1 amalan wajib dalam bulan Ramadan = 70 amalan wajib bulan biasa. Contohnya kalau hangpa solat subuh sekali dalam bulan Ramadan pahalanya sama cam hangpa solat subuh 70 kali bulan lain. (Tapi jangan nak memandai kata lepas ni tak payah solat sebab dah dapat pahala 70 kali ganda. Bagi penampaq buaya baru tau :3). Camtu jugak dengan pahala amalan sunat. 1 amalan sunat = 1 amalan wajib. Lihatlah dan rebutlah peluang yang telah disediakan di hadapan mata oleh Tuhan yang Maha Pemurah.
2. Sebagai pengecas iman. Sepertimana yang dikatakan oleh ramai tokoh ilmuan dan alim ulama, Ramadan ni tak lain dan tak bukan seperti bulan mengecas keimanan kita. The analogy is given, kita ni adalah bateri smartphone. Apabila digunakan selalu maka semakin berkurang amaun tenaga yang tinggal. Lama kelamaan bila dah masuk kritikal level, 15 %, nanti keluar notification 'battery low. Please plug in to recharge'. Normally, kita akan terus mencucuh palam pengecas untuk menambah tenaga bateri bukan? Atau bagi yang kaya sikit boleh beli powerbank yang banyak dijual macam cendawan tumbuh lepas hujan. Begitulah perihal Ramadan. Ia ibarat powerbank yang menjadi sumber mengecas yang penting supaya 'bateri keimanan' kita boleh digunakan dan bertahan untuk melakukan pelbagai kerja dakwah dan tarbiyah. (Dipetik dan diolah daripada artikel majalah JOM! edisi terbaru. Sila beli untuk mengetahui lebih lanjut.)
Apakah mustahil untuk kita menjadikan Ramadan tahun ini lebih baik daripada tahun tahun sebelumnya? Of course la tidak kan. Apa yang anda perlukan cuma sedikit motivasi untuk menjadikan Ramadan anda lebih ohsem. Ingatlah bahawa RAMADAN KALI INI MUNGKIN YANG TERAKHIR. Makanya cubalah sedaya upaya untuk make it as the best Ramadan in our life.
#IhyaRamadan
#brocuba
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/09266994458168987526noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4444288147667191986.post-73554556176250964162015-04-24T00:29:00.001-07:002015-04-24T00:29:35.899-07:00Introspeksi
Adakalanya, saya terfikir. Mengenai diri sendiri, keluarga, kawan-kawan, masyarakat, politik, pelajaran, dunia dan lain2. Sampai lama kelamaan jadi bingung (dibaca bengong). Entah, tak tahu kenapa.
Mungkin saja kerana tak menjumpai jawapan kepada apa yang difikirkan. Atau, tidak tahu ke mana arah tujuan pemikiran itu. Maksudnya, berfikir dengan sekadar mengingat semula; tanpa berbuat apa2.
Saya rasa saya tergolong dalam kategori pemikiran ke 2.
Saya ingin berkongsi salah satu isu yang saya fikirkan. REALITI MASYARAKAT. Yes. Im thinking of all of you and myself too.
From my point of view, kita tengah hidup dalam satu suasana yang sangat kaya dari sudut materialistik, tapi papa kedana dari sudut jiwa. Perhatikan saja, dunia realiti mahupun dunia maya.
Di dunia realiti, insan2 kaya wang dan harta tidak mengambil peduli kepada yang hidup melarat. Insan2 yang miskin pula, duduk lenggang tidak berusaha, berharapkan hujan emas turun dari langit suatu hari nanti agar hilang beban yang ditanggung. Sakit jiwa apakah ini?
Macam mana pula di alam maya?
Sesetengah golongan yang tak bijak, mencari populariti dengan menjatuhkan orang lain. Ramai yang memerhati, namun malangnya turut sama menyumbang untuk menjatuhkan.
Just look at certain posts in the social media. Bila ada orang menyebarkan keburukan, bacalah komen2 yang ditulis. Majoritinya mengutuk lagi keburukan tu. Tak boleh lupa, tambahan ayat2 kesat yang sangat tak menggambarkan ketamadunan.
Didikan moral yang pernah diberi hilang begitu saja. Akhlak2 Islam yang pernah diajarkan oleh ibu bapa hancur.
Anda akan kata saya prejudis. Mungkin juga anda akan kata saya berfikiran kolot dan sempit.
Adakah meninggalkan kata2 kesat itu kolot? Sempitkah pemikiran saya kalau tak mengkritik keburukan orang lain?
Kadang2 saya bertanya pada diri sendiri. Bila perkara ini akan berakhir? Adakah esok? Lusa? Minggu hadapan? Bulan hadapan? Tahun hadapan? Sedekad?
Dan saya sedar. Perubahan takkan berlaku jika kita tidak memulakannya.
Allah S.W.T berpesan kepada kita melalui kitab Al-Quran, dalam surah Al-Ra'd ayat ke 11.
"Sesungguhnya Allah tak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka mengubah diri mereka sendiri"
Nampak? Perubahan memerlukan kepada usaha. Bukan setakat pasang niat. (Actually, lagi teruk kalau takde niat langsung nak berubah) Niat itu terletak dalam hati. Jika elok hatinya, maka baiklah sang pelaku.
"Sesungguhnya dalam jasad manusia terdapat seketul daging. Jika elok, maka eloklah seluruh tubuhnya. Jika buruk, maka buruklah seluruh tubuhnya. Ketahuilah bahawa ia ialah hati."
(Hadis)
Begitulah. Segala permasalahan jiwa yang timbul adalah kerana hatinya bermasalah. Jangan ditanya apa sebab bermasalah. Semak dulu Hubungan anda dengan Allah, Tuhan yang mencipta anda dan memberikan nikmat yang tidak terhitung. Terjagakah atau terabai?
Pilihan di tangan anda. Dan sentiasa ingat. Allah memilih kita menjadi hambaNya. Laksanakan suruhan. Tinggalkan larangan.
#APK
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/09266994458168987526noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4444288147667191986.post-36920604025615974312015-03-11T05:07:00.000-07:002015-03-11T05:07:00.921-07:00artwork 1
Kadangkala hati kita kecewa dengan manusia. Maka bangkitlah kerana Allah.
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/09266994458168987526noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4444288147667191986.post-15921838170078664562015-03-03T23:46:00.002-08:002015-03-03T23:46:45.508-08:00Pasca SPM, seorang pra mahasiswaBismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Segala puji dipanjatkan kepada Allah S.W.T, rabb sekalian alam, Tiada Ilah selain-Nya. Hanya kepada-Nya kami sembah, dan hanya kepada-Nya kami memohon pertolongan dan bantuan.
Caption: Gambar tidak ada kena mengena dengan mana-mana ajaran sesat atau tingkah laku aneh.
Cuma seorang pelajar yang merasa bebas setelah menamatkan peperiksaan SPM nya dahulu. Dan semalam dia dan semua calon SPM 2014 di seluruh negara menerima keputusan mereka.
Ada yang merasa happy, gembira tak terkata kerana mendapat keputusan yang baik. Lantas khabar gembira ini disambut dengan jayanya. Ibu dan bapa ditelefon, bapa dan ibu saudara serta sepupu ber'whatsapp', status FB dikemaskini, gambar-gambar bersama guru dan teman seperjuangan di'upload' di Instagram dan sebagainya.
Jika anda melakukan perkara-perkara di atas, ketahuilah!
Saya juga begitu. ;)
Namun, ada juga segelintir kita yang merasa sedih, lara, patah hati, kecewa, hiba dan sebagainya. Terlalu banyak perkataan yang boleh menggambarkan perasaan apabila tidak mampu mendapat keputusan yang terbaik. Rasa malu yang teramat, berjalan menghadapkan muka ke bumi, tunduk sampai cecah tanah! Cuba sedaya upaya untuk mengelak daripada bergaul dengan orang lain. Lebih drastik, menukarkan profile picture FB.
Saya bercakap melalui pengalaman. (mohon tidak ada yang menaruh perasaan marah)
Pada pendapat saya, golongan Pasca SPM ni terbahagi kepada 4.
1. Berjaya dan meneruskan kejayaan
-Golongan ini adalah individu yang boleh diberi tabik hormat! Dengan segala nikmat yang Allah beri, ditambah dengan usaha mereka yang sanggup belajar overtime, bersengkang mata, menelan bergelen-gelen kopi pekat semata-mata mahu mencapai kejayaan dalam peperiksaan. Berbekalkan kesedaran yang tinggi, mereka tidak lalai dengan kenikmatan yang bersifat seketika ni. Tetapi mereka meneruskan lagi usaha sehingga ke menara gading. GAMBATTE!
2. Tidak berjaya dan mahu berjaya
-Sekiranya golongan di atas mendapat tabik hormat, maka golongan ini perlu mendapat setinggi-tinggi sanjungan kerana mereka mampu untuk keluar daripada pahitnya realiti kegagalan dan bangkit menuju kejayaan. Kemungkinan besar mereka menyedari, SPM hanyalah ujian penilaian. Kebolehan sebenar ditentukan bila menjejakkan kaki di alam IPT kelak. Semoga golongan ini dipermudahkan urusan oleh Allah Taala.
3. Berjaya dan lalai dalam kejayaan
-Golongan ini adalah golongan yang merbahaya. Benar, kejayaan mereka dalam SPM perlu dibanggakan. Namun perlu ingat, SPM ibarat kunci yang menentukan masa hadapan. Dan kita yang memegang kunci tersebut. Apalah gunanya, jika kita hanya memiliki sebuah kunci bagi sebuah gudang yang penuh dengan emas, tetapi dek terlalu gembira kita lalai kemudian menghilangkan kunci tersebut. Bukankah itu kerugian yang amat besar?
Sama juga jika kita menggunakan emas di dalam gudang tersebut dengan cara yang salah. Macam tu lah perbandingan ilmu. Ilmu diperoleh apabila kita memiliki kunci yang betul, dan ilmu menjadi bermanfaat bila digunakan pada jalan yang Allah redhai. Nah, camtu!
4. Tidak berjaya dan mahu terus gagal
-Saya akan menganggap golongan ini adalah golongan yang 'tertidur' kerana mereka tidak sedar dengan keadaan semasa. Mungkin 'tertidur' atau sengaja 'tidur', cuba melarikan diri daripada masalah tanpa menyedari mereka sedang lemas di dalamnya. Golongan ini memerlukan semangat baru, pembimbing atau motivasi daripada rakan-rakan sekeliling supaya mengajak mereka bersama-sama menggapai kejayaan. Bukan ke kalau nak berjaya, kena berjaya bersama?
Dan jika anda yang membaca post ini, tergolong dalam golongan yang ke-4 maka kenal pasti kawan yang sanggup membantu anda.
A FRIEND IN NEED IS A FRIEND INDEED.
#APKAnonymoushttp://www.blogger.com/profile/09266994458168987526noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4444288147667191986.post-53771088317338790692015-02-23T04:14:00.001-08:002015-02-23T04:15:59.608-08:00SAAD AS-SULAMI Bismillahirrahmanirrahim .
Assalamualaikum , haha ... Agak lama saya tidak sambung entry baru . Asif Jiddan AM sebab ambil masa agak lama ... Huhu .
Alright , guys .. Brothers , sisters , sahabat and sahibah sekalian . Suka saya nak tanya , ADAKAH ANDA PERNAH MENDENGAR KISAH TENTANG SAAD AS-SULAMI ??
Mungkin ada yang pernah dengar ... Jadi , kepada yang tahu kisah ini jika ada salah silap boleh tegur ye .. Kerana disini kita amalkan amalan TAKMIL WA ISTIKMAL ..
OK , now let me beginning my story ...
Pada zaman Rasulullah , ada seorang sahabat namanya adalah SAAD AS-SULAMI . Yang mana kulitnya adalah gelap , bibir besar , rambut kerinting dan miskin .
Nak dijadikan cerita . Pada suatu hari , Saad pergi berjumpa Rasulullah dan memberitahu Rasulullah bahawa dia ingin bernikah . Tapi , ada ke wanita yang ingin menjadikannya sebagai teman hidup ? Dengan rambut kerinting , kulit gelap ... Tetapi , Rasulullah menyuruh Saad pergi ke rumah Wahab untuk melamar anaknya Maisarah ( kalau tak silap ) . Maisarah ni pulak seorang wanita yang paling popularlah boleh dikatakan pada masa tu . Maisarah ni Cantik , putih dan baik hati .
Jadi , sampainya Saad ke rumah Wahab . Wahab menyambut Saad dengan baik sekali . Jadi , bila Saad berkata apa hajatnya datang bertemu Wahab . Saad berkata " Rasulullah memerintahkan aku untuk melamar anakmu untuk menjadi isteriku " . Bila Wahab dengar je Saad beritahu , terus dia menghalau Saad dari rumahnya .
Setelah Saad dihalau , Maisarah berjumpa abinya Wahab dan berkata " Apakah bapak sudah tolak lamaran Saad , sedangkan itu adalah perintah Rasulullah ." Barulah Si Wahab nie sedar dan terus pergi berjumpa dengan Rasulullah dan meminta maaf kepada Saad . Akhirnya , Wahab menerima Saad sebagai bakal menantu .
Tetapi , Saad seorang yang miskin dan tidak mempunyai harta . Rasulullah perintahkan Saad untuk meminta sedikit wang kepada para sahabat . Antaranya Umar , Abu Bakar dan Abdul Rahman Auf . para Sahabat memberi bukan sedikit , malah lebih banyak berbanding yang diperlukan oleh Saad .
Akhirnya , Saad cukup duit untuk membuat persiapan untuk walimah . Dan , Pada suatu hari ... Ada panggilan perang tetapi Rasulullah dan sahabat tidak memberitahu Saad kerana Saad akan bernikah tak lama lagi .
Walaupun Saad tak tahu ada panggilan perang tetapi , Hatinya seolah-olah mendapat panggilan Jihad itu . Jadi , Saad menggunakan wang yang diberi oleh sahabat untuk membeli kelengkapan perang . ( Perang apa lupa ==" )
Jadi , apabila tiba di medan perang semua kehairanan siapakah gerangan pemuda yang memakai pakaian lengkap perang dengan menunggang kuda baru ini . Para sahabat tidak mengetahui kecuali Rasulullah bahawa itu Saad As-Sulami . Lalu , sahabat bertanya siapakah gerangan Saad ni . Lalu , Rasulullah berkata bahawa itu Saad As-Sulami .
Akhirnya , Islam berjaya menumpaskan tentera Kuffar tetapi Saad As-Sulami telah Syahid dalam perang tersebut . Rasulullah sedih melihat jasad Saad yang terbujur kaku sehingga menampak aurat Saad . Selepas Rasulullah sedih , Rasulullah pandang ke langit dan tersenyum . Tiba-tiba Rasulullah paling kan muka dari langit ke jasad Saad .
Lalu Sahabat yang melihat reaksi Rasulullah itu lalu bertanya kepada Rasulullah kenapa baginda melakukan perkara sedemikian .
Rasulullah menjawab " Pada mulanya aku sedih melihat jasad Saad kerana beliau sanggup meninggalkan persiapan pernikahan semata-mata untuk perang dan akhirnya beliau Syahid . Dan ketika ku memandang ke langit aku dapat melihat Saad di syurga Allah dan aku tersenyum . "
Sahabat bertanya " Kenapa Rasulullah berpaling dari langit ? "
Rasulullah menjawab " Ketika Saad di Syurga Saad dilayan oleh beribu-ribu Bidadari sehingga ternampak auratnya dan Aku berpaling kerana malu . ----------- THE END ----------
JADI BEGITULAH KISAH SAAD AS-SULAMI .
ADAKAH KITA SANGGUP TINGGALKAN PERNIKAHAN SEMATA-MATA UNTUK PERANG ?
SAYA YAKIN HANYA SECEBIS SAHAJA MANUSIA SANGGUP . JADI , SEBAGAI KESIMPULAN SAMA-SAMA KITA MENJADI PEMUDA YANG BETUL-BETUL SAYANGKAN AGAMA KITA IAITU ISLAM √√
( Second writing by QM )
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/08522997955335209869noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4444288147667191986.post-52565649306142459162015-02-10T21:06:00.002-08:002015-02-15T23:47:59.136-08:00Mutiara di sebalik palitan lumpurBismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Mari mulakan dengan satu pandangan yang lahir jauh dari benak fikiran saya.
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/09266994458168987526noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-4444288147667191986.post-65833256749823828822015-01-31T22:14:00.000-08:002015-01-31T22:20:09.610-08:00ISTIQAMAH 😄Bismillahirrahmanirrahim . 😊
Assalamualaikum ,
Pertama dan selama-lamanya kita merafa'kan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Sang Pencipta kerana dengan izin dan limpah kurniaNya masih lagi saya dapat berkongsi tajuk tentang ISTIQAMAH 😉
Tidak lupa juga kepada Rasul junjungan dan kesayangan kita Al-Amin , Muhammad SAW kerana titik peluh dan darah baginda serta para sahabat , kita masih lagi dapat merasai 2 nikmat yang terBESAR iaitu nikmat IMAN dan ISLAM 😊
OK , Sebelum melangkah lebih jauh .. Mari sama-sama kita merenung dan berfikir , apa itu ISTIQAMAH ??
Jadi disini saya akan menerangkan konsep ISTIQAMAH dalam kehidupan kita . (BismiLLAH)
Definisi ISTIQAMAH : Iltizam terhadap perintah larangan Allah serta tidak menipu
- UMAR AL-KHATTAB -
Dalam Surah Hud ( ayat berapa ? Lupe 😕.. Maaf )
Mafhum : "Hendaklah kamu berISTIQAMAH sebagaimana diperintahkan kepada dan juga orang yang bertaubat serta janganlah kamu melampau-lampau . Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui "
Untuk menjadi seorang yang berISTIQAMAH ada caranya :-
~Tidak pernah rasa jemu dan puas apabila berada di jalan Allah .
Contohnya , Tidak bosan apabila menghadiri Usrah . Sebenarnya usrah ataupun dinamakan sebagai Halaqah adalah majlis ilmu . ada hadis mengatakan , mafhumnya : " Majlis ilmu ini adalah taman-taman syurga "
Dan , untuk mencapai ISTIQAMAH semestinya dengan menghayati ilmu . Jadi , sebagai seorang Muslim mestilah wajib menuntut ilmu kerana hadis telah mengatakan , maksudnya : " Menuntut ilmu wajib keatas Muslim "
Apabila kita benar-benar ISTIQAMAH . InsyAllah Iman kita akan meningkat dan disayangi Rasulullah 😇
Jumhur Ulama' mengatakan bahawa " Mereka yang berISTIQAMAH dalam keIKHLASAN beribadah maka mereka adalah orang yang beruntung "
Siapa tak nak beruntung ? Semua orang nak beruntung . Jadi , marilah sama-sama kita berISTIQAMAH dalam melakukan Ibadah agar kita sama-sama mendapat HUSNUL KHATIMAH 😊
(Penulisan pertama by QM) 😳
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/08522997955335209869noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4444288147667191986.post-37696355579371040522015-01-27T08:59:00.000-08:002015-01-27T09:01:54.013-08:00Hipokrit
Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk hidup, menghirup udara yang diberi secara langsung. F.O.C lagi. Juga, segala puji di atas nikmat Iman dan Islam yang masih lagi Allah berikan kepada kita. Kita adalah individu yang terpilih. Jangan sia-siakan kelebihan ini.
Sebelum melanjutkan lagi penulisan, mohon maaf yang sebanyak mungkin daripada anda : para pembaca budiman yang setia berkunjung.
Kerana tak mampu update entry sekerap dulu. *sorry..sorry (SuJu) haha. Baik, agak hambar. --"
Dah berhabuk dan bersawang mungkin blog ni.
Insya Allah, untuk malam ni saya nak tulis berkenaan the 'H' word. Yes..
HIPOKRIT.
Saya tahu bahawa anda semua tahu, juga mengetahui bahawa orang ramai juga tahu berkenaan perkataan di atas. Percayalah, selaku remaja seperti anda (jika anda sebaya dgn saya) perkataan hipokrit sering meluncur keluar daripada bibir-bibir manusia.
Dan saya percaya, kebanyakan daripada anda mengetahui maksud perkataan HIPOKRIT itu.
"Eleh, mudah saja. Soalan celah gigi. Hipokrit tu berpura-puralah."
"Hipokrit tu, depan orang lain. Belakang orang lain."
Dan saya yakin, jawapan anda lebih kurang serupa dengan ayat-ayat di atas.
Sekali lagi, saya ingin bertanya. Bilakah anda akan mendengar perkataan HIPOKRIT ni?
"Bila ada orang nak berubah, katanya..." Tangan ke bahu, mata juling ke atas
1 situasi.
Seorang gadis muslimah ingin memakai tudung setelah sekian lama dibiarkan rambutnya yang lurus itu terdedah kepada panahan cahaya matahari dan panahan mata lelaki. Apabila disuarakan hajatnya kepada rakan-rakan yang sekufu/sebulu dengannya maka terkeluarlah kata-kata:
"Wei, tak payah nak berlakon jadi baiklah. Tak perlu jadi ustazah, dah jahat terus jadi jahat. Tak payah susah-susah HIPOKRIT ni."
Bagi pembaca wanita, jangan terasa hati. Orang lelaki juga ada situasi yang lebih kurang sama. Cuma ayat yang digunakan mungkin tak sesuai nak dipaparkan dalam blog ni. *senyum 3
Saya berasa aneh.
Adakah salah untuk seseorang tu menjadi lebih baik?
Adakah orang yang berbuat salah tidak boleh membuat perkara yang betul?
Adakah seorang pencuri tidak boleh berhenti mencuri?
Tumbuk dada, tanya iman.
Izinkan saya berkongsi ilmu yang saya dapat hasil pembacaan daripada tulisan saudara Hilal Asyraf dalam buku beliau : Untuk Kita Pendosa, Harapan Selalu Ada.
Dalam buku tersebut, saudara Hilal Asyraf ada menyentuh isu hipokrit ini. Dan beliau juga tidak bersetuju jika label hipokrit diberi kepada mereka yang mahu berubah kepada lebih baik. Kerana pada hakikatnya, secara fitrahnya, kita adalah BAIK.
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi".
(Surah Al-A'raf 7 : 172)
Jadi, sudah jelaskah? Sesungguhnya mereka yang bermaksiat kepada Allah. Mereka yang melanggar hukum Allah. Mereka yang meninggalkan suruhan dan melaksanakan larangan Allah adalah HIPOKRIT yang sebenar-benarnya.
Kadangkala, kita risau dengan sikap yang ditunjukkan oleh masyarakat sekeliling apabila kita mahu berubah. Saya tak menafikannya. Sungguh. Meskipun saya pelajar sekolah agama (bekas), situasi melemahkan semangat orang yang mahu berubah sudah lali dilihat. Sebenarnya, di sini kita boleh menilai target amalan kita yang sebenar-benarnya.
Berubah kerana Allah. Atau,
Berubah kerana manusia.
Seorang yang berjiwa kental tidak akan terkesan dengan tindakan manusia terhadap dirinya.Lihatlah sirah-sirah para sahabat yang mencerminkan keimanan mereka. Mus'ab bin Umair, seorang pemuda kacak dan kaya di kota Mekah. Sebelum beliau memeluk Islam, diriwayatkan bahawa beliau tersangat kaya sehinggakan setiap hari dia memakai pakaian yang serba baru. Tambahan pula, dengan pakej tambahan berwajah tampan beliau menjadi tarikan gadis-gadis muda di Mekah.
Namun, setelah memeluk Islam segala kelebihannya ditarik. Bahkan, ibunya sendiri benci kepadanya. Ibunya mendesak supaya Mus'ab meninggalkan agama Islam dan kembali kepada agama nenek moyang mereka iaitu menyembah berhala. Sekiranya tidak, ibunya akan mogok lapar. Bayangkan sekiranya perkara ni terjadi pada kita. Apakah tindakan kita. Stay or change?
Mus'ab bin Umair, berbekalkan tarbiyah Rasulullah dalam jiwa menegaskan, jika ibu mempunyai 100 nyawa, dan satu-satu keluar daripada tubuh ibu, saya tidak akan berganjak dari pilihan saya.
Nah, itulah pilihan seorang individu yang teguh keimanannya. Beriman kepada Allah semata-mata. Bukan manusia.
Sekiranya anda masih ragu-ragu, buang perspektif negatif tentang hipokrit. ORANG YANG DERHAKA KEPADA ALLAH ADALAH HIPOKRIT YANG SEBENARNYA.
Saya mohon maaf sekiranya ada kesilapan dalam penulisan. Semoga anda beroleh manfaat. Semoga Allah memberkati.
p/s: Bagi siapa yang berminat, boleh dapatkan buku Untuk Kita Pendosa, Harapan Selalu Ada karya Hilal Asyraf boleh dapatkan di mana-mana kedai buku berhampiran. Insya Allah bermanfaat.
#AllahPilihKita
#JomJadiBaik
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/09266994458168987526noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4444288147667191986.post-21168995468881094662015-01-19T07:42:00.002-08:002015-01-19T07:50:05.746-08:00JDK- One big headstartBismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan yang mentadbir sekalian alam semesta, 7 lapis langit dan 7 lapis bumi. Pemberi rezeki kepada hamba-hambaNya dalam pelbagai bentuk : Kehidupan, kesihatan, harta benda, kasih sayang, etc.
Selawat dan setinggi-tinggi penghargaan dihadiahkan buat Rasul junjungan, Nabi Muhammad S.A.W sebagai tanda kita menghargai segala pengorbanan yang baginda lakukan serta dibantu oleh para sahabat. (lebih feeling jika dengar lagu Kasih Padamu Rasulullah-Hafiz Hamidun skrg ni)
Tanpa pengorbanan mereka, mustahil kita dapat mengecapi nikmat Iman dan Islam pada hari ini.
Ehem..ehem.
Baiklah, terus kepada main point.
Tapi, sesuatu main point tak seronok jika tak dikaitkan dengan sesuatu perkara.
Dan kebiasaannya perkara yang seronok dikaitkan adalah sebuah cereka.
Jadi, izinkan saya berkongsi satu fragmen daripada memori saya...
*silau belakang (dibaca: flashback) (lulz..hentam kromo je)
Selepas menamatkan peperiksaan eshpiyem, kami didedahkan kepada sebuah kursus yang akan diadakan selama 21 hari.
"Pergh!! Lama gila.. Bila bleh enjoy cuti?" Seorang daripada kami bertanya.
" Masa ni lah aku nak habiskan masa buat lesen." Ujar seorang lagi.
" Bosanlah. Dah beratus-ratus kem aku pergi. Habis eshpiyem ni je masa aku nak qadha tido."
Dan berbagai-bagai lagi jawapan yang didengari, tidak kurang juga logiknya.
Rungutan kami berpanjangan, namun dirahsiakan. Tapi entah macam mana, diketahui oleh murabbi2. Ajaib, mungkin dinding dan batu 'bertelinga' dan 'bermulut'. Hasilnya, kami di'brain wash' untuk menyertai kursus tersebut.
JDK. KURSUS JATIDIRI DAN KESUKARELAWANAN
*gaya baca berita
Begitulah gahnya nama kursus tersebut. Untuk pengetahuan semua JDK merupakan sebuah kursus yang terbuka kepada semua pelajar tingkatan 5. Program ini dianjurkan pada setiap hujung tahun,selepas peperiksaan eshpiyem.
Program ini bukanlah seperti kem yang biasa sama sekali. JDK menitikberatkan aspek-aspek Islam. Bermula daripada pentadbiran hingga kepada pelaksanaan. Dari A-Z. Dari hujung rambut, hingga hujung kaki. (baik, hiperbola melampau ><)
Program ini dibahagikan kepada 7 modul.
Modul orientasi dan perasmian
Modul Anjakan Pardigma
Modul Kemahiran Insan dan Profesional
Modul Kepimpinan Masyarakat
Modul Kemahiran Asas Wanita
Modul Kecergasan Fizikal dan Rekreasi
Modul Khidmat Masyarakat
JDK juga diadakan mengikut 4 zon berbeza iaitu Zon Utara, Zon Tengah, Zon Timur dan Zon Selatan. Jadi peserta diberi pilihan mengikuti kursus JDK di zon yang berdekatan.
Mendengarkan penerangan mengenai JDK, ada antara kami yang bersemangat dan ada juga yang tidak. Mana tidaknya, modul-modul yang disediakan berjaya mengumpan kami (terutama modul Kecergasan Fizikal dan Rekreasi).
Senior-senior juga pernah berpesan kepada kami.
"JDK ni lah tempat sek mung nak kumpul 'bekalan'. Pah ni kat U takut hanyut." Kami tercengang.
" Masa ni nak buat kawan dengan ramai orang. Nanti hidup sorang2, susah." Garu kepala.
" Belajar skil survival. Mana tau lepas ni sesat dalam hutan." Satu lagi kenyataan aneh.
Bagi mencari jawapan kepada misteri yang bersarang dalam kepala, kami sepakat menyertai JDK.
Modul pertama berjalan dengan baik. Permainan ice breaking dan team building yang ringkas memudahkan kami mengenali antara satu sama lain dengan cepat (rujuk Kerana Paksi Kita Sama). Tiga kumpulan lelaki dibentuk manakala empat kumpulan bagi perempuan. Huzaifah Al-Yamani, Salahuddin Al-Ayubi dan Saidina Ali. Nama-nama sahabat yang gah dan dikenali dalam lipatan sejarah menjadi nama kumpulan kami.
Haura' Maqsurah (bidadari syurga), Avant Garde (Pembawa Arus Perubahan), Rahmat Syifa' Aulya dan Istisyhad (Pemburu Syahid) menjadi nama kumpulan peserta perempuan.
Bergerak ke Modul Anjakan Paradigma.
Anjakan Paradigma dari sudut bahasa mudah disebut perubahan pemikiran. Dalam modul ini, kami didedahkan kepada ISLAM yang sebenar, realiti masyarakat, kepentingan Tarbiyah dan Dakwah (rujuk DnT), kepentingan organisasi ISLAM dan sebagainya.
Melalui modul ini, fikiran kami telah dibuka, untuk melihat Islam dari perspektif berbeza, daripada pandangan yang lebih luas. Bukan setakat rukun ISLAM yang 5, bukan sekadar ISLAM pada IC.
Seterusnya, Modul Kemahiran Insan dan Profesional
Kerana seorang pemimpin harus berani bertutur.
Kami adalah pemimpin. Hakikatnya, objektif kursus ini adalah melahirkan individu yang mampu berbakti kepada masyarakat. Bagaimana seorang pemimpin akan dipilih atau dipercayai jika dia tidak mempunyai keyakinan? Bagaimana seorang pemimpin boleh diharap sekiranya dia tidak mampu menyelesaikan masalahnya sendiri, apatah lagi orang lain?
Laksana seorang ahli politik, yang duduk menggoyang kaki sambil mengharapkan undi daripada rakyat pada PRU. Berharap yang pipih datang menerbang. Yang bulat datang bergolek.
Justeru, skil seorang pemimpin berwibawa telah diterapkan dalam modul ini dan didedahkan kepada kami supaya kami dapat menjadi pelapis pemimpin masa kini. Untuk membina ummah yang lebih baik. Senyum :)
Hmm, Modul Kepimpinan Masyarakat
Dalam modul ini, kami didedahkan kepada perkara fardu ain dan fardu kifayah. Antaranya adalah dakwah kepada non-muslim, perbandingan agama, pengurusan jenazah, khutbah jumaat, pengucapan awam dan lain-lain.
Tidak rugi sebenarnya jika kita menyibukkan diri kita, berkecimpung dalam hal-hal ini. Kerana menjadi tanggungjawab kita sebagai seorang muslim untuk membantu masyarakat dalam rangka menegakkan agama Allah.
Ramai orang memandang enteng kepada hal-hal fardu kifayah. Mungkin ada yang memikirkannya sebagai 'fardu tak payah'. Tetapi sekiranya semua orang berfikiran demikian, maka sebenarnya mereka mengalami masalah pemikiran kerana hanya bergantung kepada orang lain semata-mata. Stand on your own two feet. Berdikari.
Kesedaran untuk mengetahui hal-hal fardu kifayah perlu ada dalam diri semua orang. Jika tidak, kita tidak akan maju. Islam tidak akan maju. Kita menjadi contoh yang buruk kepada mereka yang bukan Islam.
Modul Kemahiran Asas Wanita
Modul ini khusus untuk peserta perempuan sahaja. Maka aktiviti yang disediakan merupakan persediaan awal dan pengenalan kepada asas kewanitaan.
Modul Kecergasan Fizikal dan Rekreasi
Seperti namanya, aktiviti yang dijalankan berkait rapat dengan tubuh badan. Ajaibnya, aspek rohani juga tidak dilupakan ketika menjalani modul ini. Aktiviti yang diadakan bertujuan membina tubuh badan yang sihat, memenuhi ciri MUSLIM SEJATI (bakal terbit).
Keberanian kami dicabar apabila dikehendaki melakukan abseiling, turun menggunakan tali daripada bangunan 6 tingkat. Alhamdulillah, semua berjaya turun dengan selamat tanpa kecederaan. Seterusnya, bagi JDK ZON UTARA mereka melakukan aktiviti kayak dan berbasikal. Bagi JDK ZON SELATAN, aktiviti mendaki gunung. JDK ZON TENGAH, aktiviti perkhemahan dalam hutan.
Setiap zon memiliki aktiviti berbeza dan pastinya menarik dan bermanfaat kepada para peserta.
Modul Khidmat Masyarakat
Modul ini mewajibkan para peserta turun padang bagi bergaul bersama masyarakat dan tidak kekok membantu memenuhi keperluan mereka. Antara aktiviti yang dianjurkan adalah membersih tanah perkuburan, gotong-royong membersihkan kawasan perumahan dan sebagainya.
Mungkin, anda berpendapat modul ini sangat membosankan. Begitu juga bagi saya. Sehinggalah saya melihat senyuman dan perasaan gembira yang dipancarkan oleh penduduk kepada kami. Senyuman yang sangat ikhlas dari dasar hati. Gembira melihat belia masa kini mampu berbakti kepada masyarakat.
Mengingatkan saya kepada sebuah video daripada Youtube.
Antara ayat dalam video tersebut:
"What we get worth a living. What we give worth a life." (lebih kurang, x berapa ingat)
Last but not least, saya mengharapkan anda yang membaca, atau anda mempunyai abang/kakak/sepupu/kenalan berumur 17 tahun pada tahun ini dan bakal menduduki eshpiyem: Buatlah yang terbaik kerana Allah dan jadikan JDK sebagai salah sebuah perkara dalam To-Do-List anda.
#JomJadiBaik
#AllahPilihKita
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/09266994458168987526noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4444288147667191986.post-9891605041939571822015-01-15T01:46:00.001-08:002015-01-15T01:46:58.048-08:00DnT
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Mencipta sekalian alam, Pentadbir alam dunia dan akhirat. Tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah. Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang untuk menulis.
Rasa macam nak kongsikan isi hati. Kadang-kadang saya rasa malas nak menulis. *menguap
Kadang-kadang saya rasa menulis blog ni hanya membuang masa.
Kadang-kadang saya rasa usaha saya sia-sia je.
Dan perkara ni buatkan saya nak berhenti. Buatkan saya berputus asa. Dan banyak lagi perkara yang bersarang dalam kepala.
Saya terbaring lesu atas sofa. Fikiran menerawang. Mengimbau kenangan-kenangan di sekolah. Kenangan bersama sahabat. Kenangan bersama adik-adik. Dan kenangan bersama mereka yang saya gelar MURABBI (pendidik).
Dan ketika itu saya terkenang sebuah kata-kata, yang saya kira kata-kata hikmah.
"Kalau enta buat kerja ni, (dakwah dan tarbiyah) enta memang akan letih. Tapi takpe. letih tu tanda enta buat kerja."
-Ustaz Anas-
Mata saya terbuntang. Terus bangun dari sofa. Menghadap laptop. On suis. Menulis. Haha..
Baiklah, sekian itu saja.
Muqaddimah dah habis. Terus kepada main point.
Kali ni, saya nak bercerita juga tentang memori zaman sekolah saya. Orang kata flashback gitue. Baik, saya merupakan bekas pelajar sekolah agama. Dan sekolah saya menitikberatkan perihal dakwah dan tarbiyah.
"Duhai AM, apakah yang dimaksudkan dengan 'dakwah dan tarbiyah' . Silibus pengajaran agamakah? Peraturan sekolahkah? Nama sahabatkah?"
Dakwah secara mudahnya bermaksud 'mengajak seseorang kepada Islam'. Dan lawan kepada 'Dakwah' adalah 'Dakyah'. Mungkin ramai yang menilai bahawa dakwah merupakan tugas yang payah lagi susah. Sekiranya kita menggunakan skala 'level option' seperti dalam permainan PES atau FIFA, mungkin majoriti daripada kita akan meletakkan dakwah dalam level 'World Class'.
Sebenarnya, pelaksanaan dakwah adalah mudah. Bahkan kanak-kanak peringkat tadika juga mampu melakukannya. Percayakah? Baiklah, saya akan beri situasinya.
E.g: Seorang kanak-kanak 4 tahun menegur abangnya yang minum sambil berdiri supaya minum sambil duduk.
"Abam, che'gu adek ada gitau kat tadika. Nabi ittew ajar minum duduk." *kepelatan kanak-kanak mohon diterima..
Hmm, boleh lihat pelaksanaannya adalah mudah. Syarat untuk berdakwah adalah 1) Beragama Islam. 2) Berakal. 3) Mukalaf (sampai tanggungjawab)
Kadang-kadang saya mendengar ada orang memberi alasan yang tak berapa munasabah.
"Aku ni masih belum sampai seru. Tak boleh berdakwah."
Awak sudah beragama Islam. Awak berakal. Awak mampu bertanggungjawab. Awak tahu asas-asas agama Islam. Kenapa masih nak berdalih?
"Aku ni selalu buat salah. Tak sesuai nak jadi pendakwah."
Syarat nak berdakwah bukan jadi 'Inche Sempurna', flawless tak buat dosa. Seorang ulama', Syeikh Mustafa Masyhur pernah berkata :
" Perbaiki diri kamu, dan ajaklah orang lain."
Term yang digunakan adalah 'dan' bukannya 'kemudian'. Even though you make mistakes, that is not the reason for you to not doing the job as a muslim.
Baik.. rehat sebentar. 30 saat.
Fuh... Tarbiyah pula.
Secara mudahnya tarbiyah bermaksud didikan, asuhan dan yang sewaktu dengannya. Tarbiyah adalah satu proses yang melibatkan hati. Kerana hati adalah raja.
"...ketahuilah bahawa dalam tubuh badan manusia terdapat seketul daging. Apabila baik daging tersebut, maka baiklah seluruh tubuhnya. Apabila buruk daging tersebut, maka buruklah seluruh tubuhnya. Ketahuilah daging tersebut adalah hati."
-HADIS-
Proses tarbiyah merupakan proses yang penting. Kerana tanpanya, kita tak dapat merasai nikmat Iman dan Islam.
Tarbiyah bukanlah segala-galanya, tetapi segala-galanya memerlukan tarbiyah.
Tarbiyah adalah proses yang sangat hebat. Ohsem, pergh! Dengan tarbiyah Islamiyah, Rasulullah S.A.W mendidik dan memproses hati para sahabat (sesetengah orang memanggil tarbiyah seperti clorox yang membersihkan kotoran jahiliyah dalam hati) sehingga mampu menjadi individu yang hebat dan dikenali di mata dunia.
Jika saya bercerita tentang para sahabat, memang tidak akan habis penulisan untuk entry ni. Jadi saya akan menulis dalam entry yang akan datang. Insya Allah.
Selaku orang yang terPILIh, marilah kita menghayati proses Tarbiyah dan seterusnya melakukan Dakwah kepada seluruh umat. Bukan ke kita ni Rahmat kepada seluruh Alam?
#JomJadiBaik
#AllahPilihKita
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/09266994458168987526noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-4444288147667191986.post-5948735594419438772015-01-13T06:18:00.001-08:002015-01-13T06:18:27.018-08:00Al-Kisah : Hati Aku Pasrah (2) Puan Masyitah menyiram sayuran yang ditanam di belakang rumah dengan hati yang gembira. Kebun sayuran mini yang dibina oleh arwah suaminya, Haji Azfar merupakan antara peninggalan beliau, selain rumah yang mereka diami. Kini, kebun itu diusahakan oleh dirinya dan Alifah. Antara sayuran yang ditanam ialah bayam, sawi, kailan, lada, lobak dan tomato. Kesemua sayur yang dipilih adalah pilihan Haji Azfar sendiri. Katanya, kesemua sayur yang dipilih mempunyai khasiat yang banyak. Sebagai guru subjek sains, Haji Azfar benar-benar mengetahui kandungan nutrien dalam sayur tersebut.
Sayur bayam contohnya, mempunyai kandungan zat besi yang tinggi dan diperlukan supaya darah cepat membeku. Sayur lobak pula merupakan sayur kategori akar dan berwarna oren. Menurut kajian sains, sayuran berwarna oren mempunyai zat untuk mencerahkan mata, membolehkan manusia melihat dengan lebih jelas. Lobak kaya dengan vitamin A dan kerotena yang berfungsi mengelak penyakit rabun malam dan kabur penglihatan. Tomato pula kaya dengan vitamin C bagi mencegah penyakit gusi bengkak.
Puan Masyitah ketawa kecil. Teringat peristiwa ketika Alifah masih kecil. Pada mulanya, Alifah juga sama seperti kanak-kanak lain : tidak suka makan sayur. Namun, setelah terpengaruh oleh kartun popular, Popeye The Sailorman yang menjadi kuat setelah makan bayam dalam tin, dia mula memakan sayur. Itu pun bayam sahaja. Sehinggalah dia mengadu tidak mampu melihat apa yang ditulis oleh guru pada papan hitam, Haji Azfar 'memaksanya' makan lobak dan sayuran lain. Mujurlah, Zinnirah tidak cerewet tentang makanan.
"Eih, Kak Mas. Assalamualaikum. Sihat?" Jiran Puan Masyitah, Puan Safiah menegur.
"Waalaikumussalam. Alhamdulillah Piah. Sihat je. Ni tengah beriadah sikit, siram sayur-sayur. Nampak macam dah layu je. Maklumlah, sekarang musim panas." Puan Masyitah meneruskan kerjanya yang masih berbaki.
"Ouh, Alifah mana? Dah lama saya tak nampak dia. Rindu jugak nak sembang -sembang dengan dia. Maklumlah, pandai ambil hati. :)" ujar Puan Safiah sambil mengeluarkan sapu tangan dan mengelap manik-manik peluh yang terdapat di dahi. Panas!
" Alifah pergi jemput si Zinnirah dari tadika. Sekejap lagi sampailah tu." Puan Masyitah meletakkan penyiram di atas tanah. Alhamdulillah selesai. "Kamu ni dari mana Piah? Macam jauh berjalan." Pandangan Puan Masyitah tertancap pada kotak yang dikelek Puan Safiah. Cantik balutannya.
"Haah kak. Saya dari pekan tadi. Dari pejabat pos. Anak saya, Muadz kirimkan barang dari Kuala Lumpur. Ni ha.." Kotak yang dikelek tadi ditunjukkan kepada Puan Masyitah. Hadiah kasut, Puan Masyitah menduga.
"Eh, saya dah lewat ni. Minta diri dulu ya, Kak Mas." Puan Safiah menghadiahkan sekuntum senyuman kepada Puan Masyitah dan melangkah pergi.
Puan Masyitah menghela nafas berat. Muadz sudah pun menjejakkan kaki ke IPT. Anak sulung Puan Safiah itu sebaya dengan Alifah, namun Muadz lebih bernasib baik. Muadz kini mengambil asasi Perakaunan di sebuah universiti. Puan Masyitah sebak. Dalam fikirannya terbayang wajah Alifah. Anak gadisnya itu sepatutnya sudah menjejakkan kaki ke menara gading. Namun dek kesempitan wang dan peluang, dia terpaksa melupakan perkara itu.
Air mata Puan Masyitah menitis. Mutiara jernih itu dibiarkan mengalir tanpa diseka. Alifah dah banyak berkorban untuknya. Terlalu banyak. Duit peninggalan arwah suaminya banyak digunakan untuk membiayai kos perubatannya. Apabila dia mengatakan bahawa duit tersebut adalah untuk membiayai pelajaran Alifah di IPT, Alifah akan menjawab:
"Ibu, arwah ayah tinggalkan duit ni untuk kita semua. Ada bahagian untuk ibu, ada bahagian untuk Ifah dan ada bahagian untuk Irah. Sekarang ni, Ifah gunakan bahagian Ifah untuk bayar kos ubat ibu."
Puan Masyitah menundukkan pandangan. Terlalu sebak mendengar kata-kata anaknya. Tidak ubah seperti arwah suaminya, Alifah sentiasa mengutamakan kepentingan orang lain berbanding kepentingan sendiri. Kerana itu juga, Alifah terpilih sebagai Pelajar Contoh di sekolah. Dia juga merupakan Timbalan Pengerusi bagi Kelab Bimbingan Rakan Sebaya. Alifah, sememangnya seorang anak yang istimewa.
Tangan Puan Masyitah digenggam. Puan Masyitah mengangkat wajah, memerhati wajah mulus anaknya. Mata anaknya memerah, cuba sedaya upaya menahan empangan air mata daripada pecah.
"Ibu, ibu adalah segala-galanya bagi Ifah dan Irah. Kalau ibu takde, kami dah takde tempat bergantung. Sebab tu, Ifah rela gunakan duit ayah demi ibu. Ifah sangat-sangat sayang kan ibu." Air mata tidak mampu ditahan, jatuh di atas tangan Puan Masyitah.
Bunyi hon kereta menyedarkan Puan Masyitah daripada lamunan. Astaghfirullahalazim.. Tekaknya berasa perit. Tanpa rela, Puan Masyitah batuk, menghilangkan rasa perit di tekak. Tangan kanan menutup mulut secara refleks. Perit di tekak semakin membara. Darah pekat mengalir menuruni tangan kanan. Ahh!!
"Assalamualaikum ibu." Alifah dan Zinnirah serentak memberi salam. Puan Masyitah kaget. Anak-anaknya tidak boleh melihatnya dalam keadaan sebegini. Tergesa-gesa, Puan Masyitah meluru masuk ke dalam rumah. Alifah dan Zinnirah memandang kehairanan.
Kenapa ibu tidak menyapa dan bersalaman seperti biasa?
Dan ibu seperti menyembunyikan sesuatu.. Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/09266994458168987526noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4444288147667191986.post-86545868308847302652015-01-11T08:17:00.000-08:002015-01-11T08:17:12.599-08:00Antara mengajak dan menghukum
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Maha Penyayang
Assalamualaikum. Salam sejahtera. Semoga kita masih berada dalam naungan agama Allah S.W.T Setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Berkuasa atas segala nikmat yang diberi tanpa rasa jemu. Bersyukur atas nikmat yang diberi tanpa putus-putus, meskipun kita jarang menghargainya. Bersyukur atas nikmat yang sangat banyak, meskipun kita sentiasa mensia-siakannya. Bersyukur kerana Allah masih memberi nikmatnya yang terBESAR: IMAN dan ISLAM.
Ada orang kata, nikmat hidup paling best. Kerana tanpa nikmat hidup kita takkan dapat rasa semua ni. Bagi saya dan mereka yang sama paksi dengan saya (rujuk 'Kerana Paksi Kita Sama'), nikmat IMAN dan ISLAM adalah nikmat yang terpenting dan terohsem.
"Huh, pelik sungguh.."
Hakikatnya, andai kita tidak mempunyai nikmat keimanan dan keislaman sudah pasti hidup kita tidak akan ada nilai di sisi Allah. Bayangkan seketika.. andai hari ini nama anda tidak dimulakan dengan 'Muhammad' atau 'Abdullah' atau 'Nurul' atau 'Siti' atau selainnya. Pasti aneh rasanya.
"Hei AM! Anda lupakah yang Islam itu untuk semua? Macam mana pula dengan nama mereka yang bukan melayu tapi beragama Islam?"
Baiklah..baiklah tolong jangan emosional. Alhamdulillah kita semua dah sedar bahawa agama Islam bukan sekadar untuk bangsa arab atau melayu sahaja. Justeru, Islam telah menghapuskan amalan diskriminasi juga dasar aperteid (x tahu ejaan sebenar, maaf) dan lain-lain sistem yang tidak adil kepada umat sejagat.
Alhamdulillah, dah habis muqaddimah.
Malam ni, saya nak sentuh sedikit berkenaan isu semasa. Satu perkara yang menggemparkan negara dan menjadi berita utama dalam berita. (Hebatnya peranan media sosial) Isu: Gadis bertudung dan penyanyi k-pop (lelaki). Sejujurnya, saya rasa menyampah+pening kepala nak tulis perihal ni. Bayangkan, runsingnya melihat temlen (dibaca: garis masa) PENCICIP (twitter) dan MUKA BUKU (facebook) serta APA KHABAR (whatsapp) penuh membincangkan hal ni. Banyak pendapat diutarakan seperti popcorn yg sedang masak.
Namun, tidak kurang juga yang mengkritik tindakan gadis tersebut.
"Dahlah pakai tudung, tapi perangai memalukan bangsa dan agama!"
"Orang macam ni memang teruk.. Tak tau nak letak mana muka"
Sejujurnya, saya cukup terkilan melihat ayat2 tersebut. Di manakah orang-orang yang dipanggil 'Daie'. Di manakah cara berdakwah secara hikmah? Maafkan saya sekiranya ia kedengaran kasar, atau perli. Tapi itulah hakikat yang saya lihat. But, look at the bright side. Mungkin ada yang menegur secara berhikmah tapi saya tidak menyedarinya. (maaf)
Cara terbaik untuk berdakwah adalah dengan berhikmah. Bagi saya, berhikmah itu melalui pelbagai cara dan bersesuaian dengan individu yang berbeza. Ada orang boleh menerima teguran secara lembut. Bila nasihat sikit:
"Hei, apa yang awak buat ni salah, tahu?"
"Oh, ya ke? Maafkan saya. Boleh ajarkan saya?"
Ada yang boleh menerima ayat sentap.
"Bro, bina badan sampai sado ni, fireproof ke dgn api neraka kalau dedah aurat selalu?"
" Hmm, ok lepas ni aku tutup aurat"
So, as a Dai;e yang ohsem kita kenalah bijak mendekati mad'u dengan cara yang bersesuaian. Allah pilih kita menyebarkan kalimahNYA, oleh itu laksanakan dengan penuh hikmah.
#JomJadiBaik
#AllahPilihKita Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/09266994458168987526noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4444288147667191986.post-88928412167249294342015-01-10T06:43:00.005-08:002015-01-10T06:43:28.220-08:00Al Kisah : Hati Aku Pasrah (1)
بسم الله الحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Maha Penyayang.
Langkahannya perlahan menapaki lantai rumah yang diperbuat daripada kayu itu. Reput dan rapuh. Perlu lebih berhati-hati. Andai tersilap langkah, pasti jatuh tercium lantai. Tangannya menatang dulang berisi air kosong dan ubat-ubatan dengan berhati-hati. Bunyi batuk terdengar berkali-kali datang dari tingkat atas rumah. Dia bersegera menaiki anak tangga.
Puan Masyitah mengurut dada yang terasa sesak, batuk lagi. Meskipun sakit, dia cuba sedaya upaya menyembunyikannya daripada dilihat anaknya yang setia menjaganya di rumah. Alhamdulillah, Alifah dah besar, Dah mampu berbakti.. Sebuah senyuman diukir, cuba untuk semanis mungkin.
Alifah meletakkan dulang yang ditatang di hadapan ibunya. Pandangannya dialih daripada dulang ubat kepada wajah ibunya. Panahan cahaya mentari yang melalui tingkap menambahkan cahaya dalam rumah, menampakkan wajah Puan Masyitah yang berkedut dimakan usia. Namun, wajah itu sentiasa murah dengan senyuman, menceriakan hati sesiapa yang melihat.
Uhuk..uhuk
Puan Masyitah batuk lagi. Mulut sempat ditahan dengan sapu tangan. Risau kuman yang terbebas keluar menjangkiti anaknya.Riak wajahnya berubah risau. Alifah merenung ibunya juga dengan penuh risau. Ubat yang diperlukan disediakan segera lalu disuakan kepada ibunya. Puan Masyitah terus menelannya meskipun rasanya pahit, kerana dia berpegang kepada kata-kata orang tua-tua :"Pahit itu ubat. Manis itu racun."
"Alifah. Terima kasih sebab dah tolong ibu." Tangan Alifah digenggam erat.
"Ifah cuma jalankan tanggungjawab Ifah sebagai anak ibu yang prihatin, ringan tulang dan comel je."
Mereka ketawa. Tawa yang sangat riang. Sudah lama mereka tidak segembira itu. Terasa seperti Allah telah mencampakkan sesuatu yang telah sekian lama menghilang.
"Dah, pergi bersiap. Kejap lagi, Ifah kena jemput adik dari tadika."
"Baiklah ibu."
Alifah mencium pipi emaknya sebelum bangun dan bergerak ke bilik untuk bersiap. Puan Masyitah menghantar anaknya dengan ekor mata. Apabila anaknya menghilang dari pandangan, matanya tertancap pada sapu tangan di sebelah, yang telah dicemari darah merah.
Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup menampar tubuh, meniupkan sedikit kain tudungnya naik ke atas. Alifah lantas memegang hujung tudungnya supaya tidak menampakkan auratnya. Pesan ibu sentiasa diingat:
"Kita ni orang perempuan, kena jaga aurat selalu. Zaman sekarang bahaya ada kat mana-mana."
Bahang mentari tetap terasa. Alifah mengibas-ngibas kain tudung untuk menyejukkan badan. Tudung labuh berwarna krim yang dipadankan bersama baju t-shirt muslimah berwarna putih dengan corak bunga dan seluar trek hitam menggambarkan Alifah seorang yang ringkas dan tidak suka berhias secara berlebihan atau bertabarruj. Meskipun ringkas, namun keayuan sebagai seorang wanita muslimah terpancar daripadanya.
Tabarruj (berhias) secara berlebih-lebihan merupakan amalan yang dilarang oleh Penutup Segala Nabi, Nabi Muhammad S.A.W. Hal ini kerana, bertabarruj merupakan amalan para wanita zaman Jahiliyah.Islam bukan agama yang menyekat kebebasan, Bahkan, Islam tidak melarang wanita berhias. Islam sebenarnya menjaga keselamatan wanita, khusunya pada zaman ini. Bayangkan andai wanita dibiarkan bebas berhias hingga melampaui batas. Mendedahkan tubuh badan sewenang-wenangnya. Memakai minyak wangi yang sangat kuat (dibaca: mandi minyak wangi). Menayangkan rambut yang panjang seperti Rapunzel dan tidak terlekat pada skala 6.Sudah pasti golongan hawa ini akan menjadi mangsa kepada para lelaki yang tertarik kepada mereka.
Jam tangan dikerling. Pukul 12.30 tengah hari. Sebentar lagi, adiknya akan melangkah keluar dari pagar tadika seperti kebiasaannya. 1 minit... 1 minit setengah...
"Akak!!"
Alifah berpaling secara spontan kepada insan yang memanggil (dibaca :menjerit) namanya. Senyum manis dihadiahkan. Seorang kanak-kanak perempuan berlari anak kearahnya. Tudung warna biru laut yang dipakai anak kecil itu beralun mengikut rentak lariannya. Lantas, dipeluk erat kakaknya, tanda kasih sayang tidak berbelah bagi.
"Adik akak belajar apa hari ni?" Alifah mencubit manja pipi adiknya itu.
"Hari ini Irah belajar solat."
"Wah, pandainya adik akak ni. Ce jawab soalan akak. Solat fardu ada berapa?"
Si kecil itu mengangkat tangannya membuat isyarat high five. "LIMA!"
"MasyaAllah, pandainya."
Ehem..ehem. Suara asing kedengaran
Siapa pulak yang berdehem rapat sangat dengan aku ni? Alifah berpaling ke belakang. Riak wajahnya berubah seketika. Dahinya berkerut. Tak pernah nampak pun..
"Hai.."
Alifah keras membatu. Sapaan individu di hadapannya tidak dilayan. Lelaki...
"Assalamualaikum. Tak jawab dosa. :)"
Sekali lagi, Dia malas melayan. Terus menarik tangan adiknya melangkah pergi.
Hukum asal memberi salam adalah sunat. Manakala menjawabnya pula adalah wajib. Tetapi, dalam situasi itu, Alifah berpendapat lelaki yang menyapanya berniat untuk menguratnya. Maka, dia mengambil langkah berjaga-jaga menjauhi perkara itu
"Akak?"
"Ya, kenapa ni Zinnirah?"
"Akak kenal ke mamat tadi?" Zinnirah mengangkat kening.
"Langsung tak kenal, dan tak ada niat nak kenal!"
"Dah tu kenapa dia..." Si kecil itu menunjuk ke belakang.
Alifah memusingkan kepalanya, melihat apa yang ditunjuk adiknya. Lelaki tu... melambai-lambai tangan sambil tersenyum terlebih gula. Dia tak mahu ambil pusing. Terus langkah diayun kembali ke rumah.
"Ya Allah, jauhkanlah aku daripada perkara yang Kau benci." Dia bermonolog dalam hati.
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/09266994458168987526noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-4444288147667191986.post-81734615600919079552015-01-07T16:56:00.001-08:002015-01-07T18:25:06.157-08:00Andai hari ini, aku bukan khalifah.
بسم الله الرحمن الرحيم.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Pemurah Maha Penyayang.
Alhamdulillah, untuk satu hari baru. Selepas dimatikan seketika, Allah berkenan utk pulangkan semula roh yg gi mengembara sekejap--> untuk masuk semula dalam badan, meneruskan hidup sebagai hambaNya yang TERPILIH.
Andai semalam, kita tidur mati. Tengah2 tidur, then mati. #Sentap tak? Kalau amal baik mencukupi Insha Allah x risau. Tapi hendaknya sebelum mati tu macam2 kesalahan yg kita buat sampaikan x cukup jari tangan, jari kaki digunakan untuk mengira. Boleh konpem 1000% kita ni masuk dlm golongan المستقيم? Tepuk dada. Muhasabah. Muhasarawak.. *lulz..
ANDAI HARI INI, KITA BUKAN KHALIFAH.
"Eh, saya memang bukan khalifah. Khalifah tu kan jawatan tertinggi dlm pemerintahan Islam. Dalam buku teks Pendidikan Islam dh terang semuanya kut."
*Hmm, garu kepala.
How do I start ya?
Ok. Ingat tak ayat surah Al-Baqarah
(وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۖ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ) [Surat Al-Baqarah : 30]
And [mention, O Muhammad], when your Lord said to the angels, "Indeed, I will make upon the earth a successive authority." They said, "Will You place upon it one who causes corruption therein and sheds blood, while we declare Your praise and sanctify You?" Allah said, "Indeed, I know that which you do not know."
"Erm, boleh translate? Tq"
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".
See? Definisi khalifah bukan hanya kepada pemimpin Islam yang terdahulu spt Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-Khattab,Uthman Affan dan Ali bin Abi Talib dan seterusnya. In fact, kitalah khalifah yang disebut oleh Allah. Kitalah pemimpin yang DIPILIH oleh Allah utk mentadbir alam. Ulangan: Mentadbir Alam!
Bidang kuasa kita tak tersekat di dunia sahaja. Tapi seluruhnya.
"AM, anda seperti membicarakan sesuatu perkara yang menjangkaui kemampuan manusia biasa. I mean, seluruh alam? That is impossible."
Ahha.. Arakian ketahuilah bahawa kita (orang Muslim dan Mukmin) adalah orang yang ohsem lagi pergh!! Kita diberi kemuliaan oleh Tuhan Yang Teramat Mulia untuk menyebarkan kebaikan kepada semua. Bukan ke kita ni رحمة للعالمين? Rahmat kpd seluruh alam.
#JomJadiBaik
#AllahPilihKita
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/09266994458168987526noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4444288147667191986.post-8777719161366439972015-01-06T06:12:00.001-08:002015-01-07T16:56:34.486-08:00Kerana paksi kita sama
بسم الله الرحمن الرحيم.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang.
Alhamdulillah, berkat nikmat serta keizinan daripada Allah, Tiada Tuhan selainNya yang layak disembah, Dia mengizinkan saya untuk terus menulis. Dia mengizinkan anda untuk terus membaca tulisan saya yang x seberapa ni... *serius! Apa2 pun, Allah sentiasa memberi peluang kpd hambaNya untuk improve. Bak kata peribahasa, sikit-sikit lama2 jadi bukit.
Ehem2! *clears throat.
Izinkan saya bertanya satu soalan yang klise. Apakah perkara yang anda paling suka lihat dalam dunia ni?
"Pantai.." Iya, pantai memang cantik.
"Bunga.." Iya, berwarna warni.
"Drama korea.." Erm, lain?
Hek eleh AM ni, asyik tanya orang je. Kalau camtu, perkara apa yg anda suka lihat?
Hurm, kalau saya..saya paling suka lihat saff yang didirikan masa solat berjemaah. Betul! Belahlah hati. Tengok sendiri. (Bila fikir balik, jangan buat betul2 >.<)
Kenapa? Kerana saya suka melihat keadaan yang kemas dan teratur. Sangat ajaib! *angkat tangan. Kita telah dilatih dlm solat berjemaah untuk berdiri dlm satu garis lurus cam seorang soldadu. Kita juga dilatih untuk mengikut setiap gerak geri komander (imam). Nah, bukan ke tu satu perkara yg ohsem pergh?!
Lagi satu, saya kagum melihat bila manusia yang berlainan warna kulit, latar belakang dll boleh berdiri sebelah menyebelah, rapat2. Islam tidak mengamalkan diskriminasi. Itu yang saya boleh nampak dalam kehidupan beragama. Bagaimana dengan anda? Ada yang anda ingin kongsikan?
Mari kita berfikir sejenak, apa sebenarnya perkara yang merapatkan, mengikat hati2 ini sampai sebegitu rupa? Ya. Jawapannya adalah keimanan. Bak kata Hilal Asyraf: "KEIMANAN ADALAH PAKSI". Iman menjadi paksi, satu perkara yang menjadi penghubung antara hati2 yang mempercayai Allah. Jadi, jangan pandang enteng pada solat jemaah.
#JOMJADIBAIK
#ALLAHPILIHKITA
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/09266994458168987526noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4444288147667191986.post-40370577338805674222015-01-05T07:25:00.001-08:002015-01-05T07:25:42.915-08:00Al-Kisah joging Z (sambungan)Nafasnya turun naik, dada berombak kencang. Tak tau kerana lelah berjoging atau kerana disapa aura gadis2 yg dilihatnya di tepi pantai itu.
Fuh,ngancam..
Z membulatkan tekad, rezeki depan mata jangan ditolak. Hati mengiakan kata-kata nafsu 30 saat yang lepas. Terus, langkahnya berubah arah. Daripada menuju hujung pantai kepada kumpulan gadis yang asyik bergambar. Riak mukanya dikawal sehabis baik ibarat model produk muka Nivea Men (*it starts with you), cuba memastikan wajahnya diingati si gadis sampai bila-bila. Senyumnya juga dilebarkan hingga ke telinga, menampakkan barisan 28 batang gigi yang serba putih ibarat model Darlie. Kalau boleh dia mahu giginya memantulkan semula panahan cahaya matahari tepat mengenai mata-mata mereka yang berada di tepi pantai itu.
Sikit jer lagi... 10 meter, 9 meter, 8 meter, 7 meter, 6 meter, 5 meter...
Dan pada meter yang ke-4, gadis2 tersebut menyedari kehadiran Z yang sedang menghampiri mereka. Dan pada masa itu juga, Z langkah kiri kerana tersadung akar pokok rhu yang kebetulan berada di situ. Dush..satu pusingan ..Debik..dua pusingan..Adeh..tiga pusingan.
Semua yang melihat membesarkan mata, tidak percaya. Ada yang terlopong, ada yang beristighfar. Semua merasa risau melihat Z yang terlentang di atas pasir putih. *risau jugak kalau mati tiba-tiba. Bersama-sama, mereka mendekati Z..sambil mulut terkumat-kamit membaca selawat, mendoakan keselamatan lelaki yang tidak mereka kenali.
"Abam, abam ok ke?"
Z membuka matanya perlahan-lahan. Dan perkara pertama yang terlancar keluar dari bibirnya adalah: "Aku di syurga ke?" Dia kaget apabila melihat makhluk2 anggun berdiri dihadapannya. *speechless
"Taklah, abam kat tepi pantai ni. Tadi abam terjatuh, siap frontflip 3 kali. Pastu terbaring je. Risau pulak kami dibuatnya. Ingatkan dah innalillah.."
Mukanya merah padam. Rasa malu mula menebal dalam diri. Allahu..
"Tak ada apa2. Alhamdulillah saya ok. Pergi dulu."
Matanya berasa hangat, mula memerah. Larian diteruskan ke hadapan tanpa menoleh belakang lagi. Perlahan-lahan, cecair jernih menuruni menyusuri pipinya. Air mata seorang lelaki, air mata seorang hamba yang khilaf.
"Ya Allah, buruknya perangai aku. Aku baru berniat nak buat dosa, tapi Kau terus bagi cash sebagai tanda peringatan. Alhamdulillah, Kau masih izinkan aku untuk terus hidup. Kalau tak, tentu aku dah mati lepas frontflip 3 kali tadi. Ampuni aku, Ya Allah. Ampuni aku..."
Kita manusia. Selalu membuat silap. Selalu khilaf. Thats why, Allah bagi peluang untuk kita hidup satu hari lagi untuk kita bertaubat atas dosa lalu.
#JOMJADIBAIK
#ALLAHPILIHKITAAnonymoushttp://www.blogger.com/profile/09266994458168987526noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4444288147667191986.post-47002086345809373792015-01-04T20:44:00.001-08:002015-01-04T20:44:25.027-08:00Al-Kisah joging Zبسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang.
Cahaya matahari yang terik dilindung awan putih kapas, menghalang seketika kepanasannya drpd memanah permukaan bumi. Angin sepoi2 bahasa Laut China Selatan meniup menampar pokok rhu, menari2 mengiringi rentak tiupan angin, seolah-olah gembira tak terkata.
*9 pagi.
Z menapaki langkah, menuruni anak tangga batu rumah dan menjejakkan kaki atas bumi. Seketika pandanggannya melilau ke kiri kanan mencari running shoes kegemaran (one and only).
Jumpa pun..
Kasut jenama Power itu disarung dikaki. Kaki kanan dimulakan diiringi kalimah suci Bismillah. Kaki kiri menyusul. Siap! Z berdiri tegak. Melonggarkan sendi yg terasa sengal dek lama meninggalkan exercise. Ibarat kereta yg lama x diservis, akhirnya diri sendiri merana. Berpakaian windbreaker hitam, hingga kepada track suit hitam berjalur biru dan kasut hijau, dia merasakan pakaiannya sudah lengkap. Dengan lafaz بسم الله الحمن الرحيم, dia mengorak langkah.
Lariannya laju mengikut rentak yg dikira dlm hati. Setiap satu langkah adalah satu zikir. سبحان الله، الحمدلله، الله اكبر. Mencelah antara kereta dan berlari untuk melintas jalan besar sudah menjadi rencah harian bila berjoging. Namun, keselamatan sentiasa diutamakan. Tubuh Z bekerja, begitu juga dengan minda. Teringat kata2 ustaz Rahim yg didengari ketika menghadiri Kursus Jatidiri dan Kesukarelawanan Remaja pada bulan lepas.
"Nabi pernah bersabda: SETIAP AMALAN YANG TAK DIMULAKAN DENGAN بسم الله الحمن الرحيم MAKA TERPUTUSLAH RAHMAT DAN HIDAYAH DARIPADANYA."
Nafasnya mula tercungap-cungap. Dah nak pancit..huh hah huh hah.
Pernafasan diatur kembali. Corak lariannya diubah kepada mengiring di sebelah kiri. Selepas seminit, kanan pula. Tujuannya adalah untuk menyeimbangkan dan mengoptimumkan penggunaan otak kiri dan kanan. Larian diteruskan lagi. Z bercadang untuk berlari selama 20 minit. Meskipun dia mampu untuk berlari lebih lama, namun ia berbahaya kerana badan akan menerima kejutan kerana sudah lama tidak bersenam.
10 minit.. Lagi 10 minit.
Tiba2 Z ternampak sekumpulan gadis2 muda sedang berkelah di tepi pantai. Kelihatan mereka sangat gembira mengambil gambar suasana pantai. Tangkai hati Z bergoyang. Rusuk kiri bergetar. Alamat apakah?! Matanya masih belum berhenti memandang mereka.
Astaghfirullah Z, tundukkan pandangan! Iman berbicara
Tengok lagi..pandangan pertama rezeki. Nafsu berbisik
Ni boleh dekatkan dengan zina. Jauhi! Iman tegas menegah
Hek eleh, bukan zina betul pun. Cuci mata je. Nafsu terus memujuk
Senanglah bagi alasan camtu. Tapi tahu tak, dari mata nnti turun pada hati. Iman terus memberi nasihat logik
Biarkanlah. Nanti bila dah di hati. Boleh kenal. Boleh jatuh cinta. Mana tahu tu calon isteri solehah yang dicari2? Nafsu menghasut lagi
Z gelisah. Hujah iman dan nafsu berlawanan antara satu sama lain. Mana satu yg patut dipilih..
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/09266994458168987526noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-4444288147667191986.post-24772713250863853362015-01-03T19:43:00.000-08:002015-01-03T19:47:08.084-08:00Bijaksana vs Bijaksiniبسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah yg Maha Pemurah Maha Penyayang.
"Sesungguhnya, setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati."
"verily that every living creature shall taste death."
Kedua-dua frasa di atas bukan tagline yang biasa. Ia dipetik daripada ayat Al-Quran (Surah Al Anbiya 21: 35). So, as a Muslim kita tahu dan mempercayai 1000% bahawa apa yang diwahyukan oleh Allah kpd RasulNya, Muhammad S.A.W adalah benar, fakta bukan auta.
Dan hari ni, saya menyentuh bab kematian kerana ada kematian berlaku di kawasan perumahan saya. (jom sedekahkan Al-Faatihah). Hakikatnya bagi orang yang beriman, beliau akan merasakan bahawa ia tak lain dan tak bukan serta tiada syak wasangka lagi merupakan peringatan kepada kita yang masih hidup. *Alhamdulillah untuk satu nikmat hidup pada hari ini,
But, the big question mark is, adakah peringatan tu hinggap di tangkai hati nurani kita?? Meskipun sedetik cuma ibarat seekor lalat hinggap pada donat Big Apple.. atau berbekas (makan dalam) seperti dalamnya Tasik Chini. Tepuk dada, tanya iman hangpa.
Ada kalangan manusia, yang mengambil iktibar drpd kematian, kerana dia sedar dan mengetahui bahawa hidup ni sementara, sebentar cuma walhal negeri akhirat itu adalah destinasi terakhir kita. Ini adalah contoh org yang BIJAKSANA. Kerana pemikirannya terjangkau hingga ke akhirat SANA. Sangat kontra dgn mereka yg pemikirannya hanya tersekat dlm lingkungan alam dunia. Ibarat katak under coconut shell, atau BIJAKSINI.
Sekiranya nak berkongsi tentang pengalaman kematian, saya tak pernah merasai (of course..sebab x mati lagi ><) Tapi pernah dikafan dan diletak dlm liang lahad. Perasaan masa tu pun dh cuak, keluar peluh sejuk di dahi.
Andai kematian menjemput kita hari ini, yakinkah kita satu geng dengan orang2 yg beruntung, atau akan tertonggeng bila dicampak dalam api menyala? *nauzubillah minzalik). Kerana itu ALLAH PILIH KITA, insan2 terpilih untuk kita pilih menjadi hambaNYA yang THORbaek *ambik tukul dan cuba mengejar nikmat syurga yang luasnya seluas langit dan bumi. :D
Jom jadi BAIK.
ALLAH PILIH KITA
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/09266994458168987526noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4444288147667191986.post-14522284936003489972015-01-03T08:01:00.000-08:002015-01-03T08:01:56.024-08:00Noktah Bidayah
بسم الله ارحمن الرحيم
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Baiklah, sebagai seorang yang tak ada pengalaman menulis blog, saya akan cuba belajar sikit2 drpd pembacaan dan pengalaman. #BudakBaruBelajar
First of all, mungkin boleh kongsikan sedikit pasal blog yg baru dibuat about 5 minutes earlier. Ya saya tahu, mungkin blogger yg menyebarkan dakwah melalui tulisan kat blog (atau media sosial lain ) dh mencecah ratusan, malahan ribuan orang. Mereka2 yg bgelar Daie semuanya mahu menunaikan tanggungjawab menyampaikan kebaikan kpd semua.. *angkat tangan, buat like
Hakikatnya, semua orang nak capai matlamat sama. Anda, saya, ibu dan ayah, sahabat tercinta, cikgu2, polis dan lain : مرضات الله (Keredhaan Allah). Memang tak boleh dinafikan, benda ni nampak simple macam makan cekelat (kelate punya slang), tapi hakikatnya banyak pengorbanan kena buat. Masa, tenaga, harta, kredit telefon, password wifi... hahaha.😄
Tp, at the end semua tu berbaloi. Dan kita kena merasai bahawa 'ALLAH PILIH KITA'. (atas tu muqadimah) Ya betul. Percayakah anda? Allah memilih kita kerana kita istimewa.
"Wah, Im special. " Tepuk tangan.
Kita adalah yg terbaik, daripada yg terbaik. The best among the best. Kita lahir drpd kejayaan dlm sebuah perlumbaan yg bermula sebelum kita lahir. Jadi, jangan bg alasan utk menjadi lemah.
*Berdiri, yakin.
ALLAH PILIH KITA.
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/09266994458168987526noreply@blogger.com1