Seorang yang dinamakan sahabat itu adalah insan yang sentiasa berada di belakang kita dan kadangkala kita di belakangnya. Ada masa kita dibantu dan pada masa lain di pula dibantu. Ada masa kita disokong dan ada masa kita yang perlu menyokong.
Hubungan persahabatan bukanlah sejenis one-way relationship tetapi two-ways relationship. Seringkali kita meminta untuk mendapatkan seorang sahabat yang sangat baik terhadap kita, yang ada ketika diperlukan (a friend in need katanya), yang boleh membantu dalam kesusahan...
Tapi sayang kita terlalu sibuk mencari sampai terlupa untuk menjadi. Ya. MENJADI SAHABAT YANG BAIK. Kita selalu menginginkan yang terbaik untuk diri kita padahal kita terlupa yang orang lain juga mahukan yang terbaik daripada kita.
"Sampai hati dia buat aku macam ni. Tak dilayannya aku. Apa dia fikir aku tunggul ke?"
"Eleh, mintak tolong sikit pun susah. Kalau macam ni baik tak payah kawan la..."
"Kalau aku tahu kau macam ni, aku takkan kawan dengan kau dari dulu lagi!"
Ayat-ayat ini sering didengari, kalau bukan dari drama kaca tv, pasti dari orang sekeliling kita sendiri. Yes, kita dikelilingi oleh orang yang macam ni kerana kebanyakan kita hanya tahu jual ikan (dibaca SELFISH). Lihat semula diri kau menggunakan mata hati. Adakah kau, seorang sahabat yang sebenarnya atau berselindung di sebalik tabir 'selfishness'?
Mencari sahabat yang baik bukan mudah, tapi bukan mustahil. Menjadi sahabat yang baik juga bukan mudah, juga tidak mustahil. *mata bercahaya....
Antara ciri sahabat yang baik itu adalah apabila kita melihat mukanya kita teringat kepada Allah SWT. Alangkah beruntungnya bagi siapa yang bersahabat dengan orang yang sebegini rupa kerana mereka akan sentiasa ingat untuk mentaati Allah sepanjang masa dan menjauhi laranganNya. For example, ketika terlintas dalam fikiran kau mengenai idea untuk melakukan maksiat, dan ketika itu kau ternampak wajah sahabat kau.. dengan ajaibnya perasaan nak lakukan maksiat tu hilang dengan izin Allah. Mungkin kerana kau malu dengannya, atau mungkin atas sebab lain. Apa pun alasan kau, sedarlah bahawa sahabat seperti itu adalah orang yang harus kau dekati.
Mudah memahami dan difahami.
Biar aku kongsikan satu cerita benar tidak menipu lagi sahih yang berlaku pada diri aku sendiri. Semua tahu yang kehidupan seorang mahasiswa tidaklah mudah, bermula dari pelajaran sehingga kewangan dan pengurusan. Ada seorang kawan aku terpaksa mengikat perut sebab tak ada duit. Kami selaku kawan serumah sedar tentang perkara ni tapi entah macam mana terlupa seketika. Dengan selamba aku kami turun ke kafe, tapau makanan dan naik semula ke rumah. Ketika nak makan, baru teringat tentang kawan tadi, yang tak berduit, hanya meihat kami dari jauh.
'Ya Allah bodohnya aku. Patutnya aku kena faham perasaan dia. Macam mana nak buat ni?' Masa tu timbul perasaan bersalah kerana tak mampu memahami perasaan sahabat lain.
Tiba-tiba telefon aku berbunyi. Makcik aku beritahu yang dia nak ajak keluar ke bandar. Masa tu terasa gembira sangat. Telefon dimatikan. Aku panggil sahabat aku tu, dan terus aku beri lauk aku pada dia.
Masa tu aku terfikir, mungkin Allah izinkan perkara ni jadi bila timbul perasaan untuk memahami keadaan sahabat lain. *senyum
Sahabat yang baik juga adalah sahabat yang mengajak kita kepada kebaikan bersama, dan menjauhi keburukan bersama. Kalau boleh berpimpinan tangan bersama ke syurga. Sekiranya kita dimasukkan ke neraka, dialah orang yang berusaha menarik tangan kita keluar dari situ. Sekiranya kau ada kawan yang hanya sentiasa menyokong kau, ketika buat dosa khusunya, maka ketahuilah itu bukan sahabat. Itu pak turut. Carilah orang lain yang lebih layak untuk dibuat sahabat.
"Tapi dia ni sahabat lama aku. Dah lama kami kenal. Takkan nak tinggalkan macam tu je?"
Tak sedar lagi ke? Masa ni lah kau kena buktikan yang kau sahabat yang sejati. Kaulah orang yang bertanggungjawab untuk jadi yang terbaik untuk diri dia.
Ukhuwah itu manis, bahkan lebih manis daripada madu. Ukhuwah itu magis, kerana dapat menyatukan jiwa-jiwa yang berlainan. Ukhuwah itu hebat, kerana dapat melahirkan insan-insan yang hebat juga.
Ukhuwahfillah abadan abada.
Ukhuwah kerana Allah selama-lamanya.
Followers
Sunday, 16 August 2015
A friend in need
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment