Followers

Friday, 24 April 2015

Introspeksi

Adakalanya, saya terfikir. Mengenai diri sendiri, keluarga, kawan-kawan, masyarakat, politik, pelajaran, dunia dan lain2. Sampai lama kelamaan jadi bingung (dibaca bengong). Entah, tak tahu kenapa.

Mungkin saja kerana tak menjumpai jawapan kepada apa yang difikirkan. Atau, tidak tahu ke mana arah tujuan pemikiran itu. Maksudnya, berfikir dengan sekadar mengingat semula; tanpa berbuat apa2.

Saya rasa saya tergolong dalam kategori pemikiran ke 2.


Saya ingin berkongsi salah satu isu yang saya fikirkan. REALITI MASYARAKAT. Yes. Im thinking of all of you and myself too.

From my point of view, kita tengah hidup dalam satu suasana yang sangat kaya dari sudut materialistik, tapi papa kedana dari sudut jiwa. Perhatikan saja, dunia realiti mahupun dunia maya.

Di dunia realiti, insan2 kaya wang dan harta tidak mengambil peduli kepada yang hidup melarat. Insan2 yang miskin pula, duduk lenggang tidak berusaha, berharapkan hujan emas turun dari langit suatu hari nanti agar hilang beban yang ditanggung. Sakit jiwa apakah ini?

Macam mana pula di alam maya?

Sesetengah golongan yang tak bijak, mencari populariti dengan menjatuhkan orang lain. Ramai yang memerhati, namun malangnya turut sama menyumbang untuk menjatuhkan.

Just look at certain posts in the social media. Bila ada orang menyebarkan keburukan, bacalah komen2 yang ditulis. Majoritinya mengutuk lagi keburukan tu. Tak boleh lupa, tambahan ayat2 kesat yang sangat tak menggambarkan ketamadunan.

Didikan moral yang pernah diberi hilang begitu saja. Akhlak2 Islam yang pernah diajarkan oleh ibu bapa hancur.

Anda akan kata saya prejudis. Mungkin juga anda akan kata saya berfikiran kolot dan sempit.

Adakah meninggalkan kata2 kesat itu kolot? Sempitkah pemikiran saya kalau tak mengkritik keburukan orang lain?

Kadang2 saya bertanya pada diri sendiri. Bila perkara ini akan berakhir? Adakah esok? Lusa? Minggu hadapan? Bulan hadapan? Tahun hadapan? Sedekad?

Dan saya sedar. Perubahan takkan berlaku jika kita tidak memulakannya.

Allah S.W.T berpesan kepada kita melalui kitab Al-Quran, dalam surah Al-Ra'd ayat ke 11.

"Sesungguhnya Allah tak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka mengubah diri mereka sendiri"

Nampak? Perubahan memerlukan kepada usaha. Bukan setakat pasang niat. (Actually, lagi teruk kalau takde niat langsung nak berubah) Niat itu terletak dalam hati. Jika elok hatinya, maka baiklah sang pelaku.

"Sesungguhnya dalam jasad manusia terdapat seketul daging. Jika elok, maka eloklah seluruh tubuhnya. Jika buruk, maka buruklah seluruh tubuhnya. Ketahuilah bahawa ia ialah hati."
(Hadis)

Begitulah. Segala permasalahan jiwa yang timbul adalah kerana hatinya bermasalah. Jangan ditanya apa sebab bermasalah. Semak dulu Hubungan anda dengan Allah, Tuhan yang mencipta anda dan memberikan nikmat yang tidak terhitung. Terjagakah atau terabai?

Pilihan di tangan anda. Dan sentiasa ingat. Allah memilih kita menjadi hambaNya. Laksanakan suruhan. Tinggalkan larangan.

#APK


No comments:

Post a Comment