Ramadan tiba, Ramadan tiba, Ramadan tiba ~~~
Teringat lagu Opick yang dinyanyikan Matluthfi90 dalam video beliau 'Benda benda melayu/muslim sebut bila Ramadan'.
Bila sebut saja Ramadan pasti semua dah letak mindset dalam kepala yang sebesar 2 penumbuk tu : "Bulan yang kita tak boleh makan dan minum sesuka hati macam hari biasa". Betulkan? Well, sejak dari kita di bangku sekolah lagi dah disuapkan dengan mentaliti macam tu, so bila dah besar pun ramai lagi yang fikir Ramadan adalah BULAN TANPA MAKAN DAN MINUM pada waktu siang sahaja.
Chop chop chop....
Apakah pengertian Ramadan hanya setakat itu? (Kalau camni budak tadika pun boleh jawab).
Tidak ya anak-anak semua, (dah macam gaya bapak orang pulak) :p
Ramadan tidaklah hanya diertikan dan dikaitkan dengan berpuasa daripada makan dan minum semata-mata pada waktu siang. Justeru apakah tuntutan puasa yang sebenar?
Baik. Sekarang semua belek Tafsir Al-Quran, buka, cari Surah Al-Baqarah, 2: 183.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."
Nah! Inilah tuntutan sebenar puasa pada bulan Ramadan, supaya menjadi insan yang bertaqwa. Bagi siapa yang masih fikir puasa hanya untuk berlapar dan berdahaga (ada ke?), mohon ubah mindset anda. Takut nanti dituduh mengamalkan fahaman serong. Hahaha. Hambar sikit di sini.
Tahukah anda, nikmat yang Allah S.W.T berikan kepada kita, orang muslim dan mukmin pada bulan Ramadan adalah maha terbanyak sekali. Hah! Nampak hiperbolanya di situ ?! Di manakah tersembunyinya segala kebaikan tu? Jom kita check.
1. Nilai pahala digandakan. 1 amalan wajib dalam bulan Ramadan = 70 amalan wajib bulan biasa. Contohnya kalau hangpa solat subuh sekali dalam bulan Ramadan pahalanya sama cam hangpa solat subuh 70 kali bulan lain. (Tapi jangan nak memandai kata lepas ni tak payah solat sebab dah dapat pahala 70 kali ganda. Bagi penampaq buaya baru tau :3). Camtu jugak dengan pahala amalan sunat. 1 amalan sunat = 1 amalan wajib. Lihatlah dan rebutlah peluang yang telah disediakan di hadapan mata oleh Tuhan yang Maha Pemurah.
2. Sebagai pengecas iman. Sepertimana yang dikatakan oleh ramai tokoh ilmuan dan alim ulama, Ramadan ni tak lain dan tak bukan seperti bulan mengecas keimanan kita. The analogy is given, kita ni adalah bateri smartphone. Apabila digunakan selalu maka semakin berkurang amaun tenaga yang tinggal. Lama kelamaan bila dah masuk kritikal level, 15 %, nanti keluar notification 'battery low. Please plug in to recharge'. Normally, kita akan terus mencucuh palam pengecas untuk menambah tenaga bateri bukan? Atau bagi yang kaya sikit boleh beli powerbank yang banyak dijual macam cendawan tumbuh lepas hujan. Begitulah perihal Ramadan. Ia ibarat powerbank yang menjadi sumber mengecas yang penting supaya 'bateri keimanan' kita boleh digunakan dan bertahan untuk melakukan pelbagai kerja dakwah dan tarbiyah. (Dipetik dan diolah daripada artikel majalah JOM! edisi terbaru. Sila beli untuk mengetahui lebih lanjut.)
Apakah mustahil untuk kita menjadikan Ramadan tahun ini lebih baik daripada tahun tahun sebelumnya? Of course la tidak kan. Apa yang anda perlukan cuma sedikit motivasi untuk menjadikan Ramadan anda lebih ohsem. Ingatlah bahawa RAMADAN KALI INI MUNGKIN YANG TERAKHIR. Makanya cubalah sedaya upaya untuk make it as the best Ramadan in our life.
#IhyaRamadan
#brocuba
No comments:
Post a Comment