Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Segala puji dipanjatkan kepada Allah S.W.T, rabb sekalian alam, Tiada Ilah selain-Nya. Hanya kepada-Nya kami sembah, dan hanya kepada-Nya kami memohon pertolongan dan bantuan.
Caption: Gambar tidak ada kena mengena dengan mana-mana ajaran sesat atau tingkah laku aneh.
Cuma seorang pelajar yang merasa bebas setelah menamatkan peperiksaan SPM nya dahulu. Dan semalam dia dan semua calon SPM 2014 di seluruh negara menerima keputusan mereka.
Ada yang merasa happy, gembira tak terkata kerana mendapat keputusan yang baik. Lantas khabar gembira ini disambut dengan jayanya. Ibu dan bapa ditelefon, bapa dan ibu saudara serta sepupu ber'whatsapp', status FB dikemaskini, gambar-gambar bersama guru dan teman seperjuangan di'upload' di Instagram dan sebagainya.
Jika anda melakukan perkara-perkara di atas, ketahuilah!
Saya juga begitu. ;)
Namun, ada juga segelintir kita yang merasa sedih, lara, patah hati, kecewa, hiba dan sebagainya. Terlalu banyak perkataan yang boleh menggambarkan perasaan apabila tidak mampu mendapat keputusan yang terbaik. Rasa malu yang teramat, berjalan menghadapkan muka ke bumi, tunduk sampai cecah tanah! Cuba sedaya upaya untuk mengelak daripada bergaul dengan orang lain. Lebih drastik, menukarkan profile picture FB.
Saya bercakap melalui pengalaman. (mohon tidak ada yang menaruh perasaan marah)
Pada pendapat saya, golongan Pasca SPM ni terbahagi kepada 4.
1. Berjaya dan meneruskan kejayaan
-Golongan ini adalah individu yang boleh diberi tabik hormat! Dengan segala nikmat yang Allah beri, ditambah dengan usaha mereka yang sanggup belajar overtime, bersengkang mata, menelan bergelen-gelen kopi pekat semata-mata mahu mencapai kejayaan dalam peperiksaan. Berbekalkan kesedaran yang tinggi, mereka tidak lalai dengan kenikmatan yang bersifat seketika ni. Tetapi mereka meneruskan lagi usaha sehingga ke menara gading. GAMBATTE!
2. Tidak berjaya dan mahu berjaya
-Sekiranya golongan di atas mendapat tabik hormat, maka golongan ini perlu mendapat setinggi-tinggi sanjungan kerana mereka mampu untuk keluar daripada pahitnya realiti kegagalan dan bangkit menuju kejayaan. Kemungkinan besar mereka menyedari, SPM hanyalah ujian penilaian. Kebolehan sebenar ditentukan bila menjejakkan kaki di alam IPT kelak. Semoga golongan ini dipermudahkan urusan oleh Allah Taala.
3. Berjaya dan lalai dalam kejayaan
-Golongan ini adalah golongan yang merbahaya. Benar, kejayaan mereka dalam SPM perlu dibanggakan. Namun perlu ingat, SPM ibarat kunci yang menentukan masa hadapan. Dan kita yang memegang kunci tersebut. Apalah gunanya, jika kita hanya memiliki sebuah kunci bagi sebuah gudang yang penuh dengan emas, tetapi dek terlalu gembira kita lalai kemudian menghilangkan kunci tersebut. Bukankah itu kerugian yang amat besar?
Sama juga jika kita menggunakan emas di dalam gudang tersebut dengan cara yang salah. Macam tu lah perbandingan ilmu. Ilmu diperoleh apabila kita memiliki kunci yang betul, dan ilmu menjadi bermanfaat bila digunakan pada jalan yang Allah redhai. Nah, camtu!
4. Tidak berjaya dan mahu terus gagal
-Saya akan menganggap golongan ini adalah golongan yang 'tertidur' kerana mereka tidak sedar dengan keadaan semasa. Mungkin 'tertidur' atau sengaja 'tidur', cuba melarikan diri daripada masalah tanpa menyedari mereka sedang lemas di dalamnya. Golongan ini memerlukan semangat baru, pembimbing atau motivasi daripada rakan-rakan sekeliling supaya mengajak mereka bersama-sama menggapai kejayaan. Bukan ke kalau nak berjaya, kena berjaya bersama?
Dan jika anda yang membaca post ini, tergolong dalam golongan yang ke-4 maka kenal pasti kawan yang sanggup membantu anda.
A FRIEND IN NEED IS A FRIEND INDEED.
#APK
No comments:
Post a Comment