Followers

Tuesday, 10 February 2015

Mutiara di sebalik palitan lumpur

Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Mari mulakan dengan satu pandangan yang lahir jauh dari benak fikiran saya.

SEORANG YANG BUKAN USTAZ/ USTAZAH TIDAK BOLEH MEMBERI TAZKIRAH.

Apakah pendapat anda? Adakah pendapat saya benar, dan anda menyokong saya? Seorang ustaz hanya berada di masjid atau sekolah sahaja, barulah boleh bertazkirah. Benarkan..

Atau, tugas memberi tazkirah terbuka kepada sesiapa sahaja. Tanpa mengira darjat, pangkat mahupun kasta yang dibina oleh manusia sendiri.  Dan anda membangkang pendapat saya!

BENAR ATAU TIDAK?

*garu kepala

"AM, oleh kerana anda sangat emosional kali ini..bertenang sebentar. Boleh terangkan dulu apa itu tazkirah? Kita go through slow-slow ya?"

Ehem 3x...

'Tazkirah' merupakan  perkataan yang berasal daripada bahasa Arab (bahasa syurga) yang bermaksud peringatan. Secara mudahnya difahami bahawa Tazkirah  adalah peringatan supaya kembali mengingati Allah Azza wa Jalla, Tidak ada Tuhan selain-Nya. 

Tazkirah boleh diibaratkan seperti makanan rohani. Dalam menghadapi hidup sehari-hari, tubuh badan kita memerlukan tenaga untuk melakukan kerja-kerja fizikal. Bersegera ke kelas, bersengkang mata bagi menelaah pelajaran, bersenam di gym untuk memastikan jasmani sentiasa sihat dan sado (amboi -_-). Dan tenaga-tenaga yang diperlukan datangnya daripada sumber makanan yang kita ambil setiap hari.

Begitu juga dengan rohani kita. Setiap hari kita sebagai seorang muslim, kita berhadapan dengan pelbagai jenis halangan dan dugaan yang menduga iman kita. Seorang pelajar akan teruji imannya apabila dia terpaksa satu kumpulan dengan berlainan jantina. Seorang pegawai kerajaan akan teruji imannya apabila ditawarkan 'wang kopi'. Seorang imam juga akan teruji imannya apabila melihat maksiat yang berlaku di hadapannya.

Sedikit demi sedikit, lama-lama jadi bukit. hahahahaahaha. (baik, lawak itu hambar)

Sedikit demi sedikit, bekalan iman seseorang yang tinggi menggunung itu akan terhakis. Sekiranya cepat, laksana api memakan kayu. Sekiranya lambat laksana besi yang berkarat.Tapi fenomena kehakisan iman ini tetap terjadi kepada semua manusia. Anda,saya, jiran-jiran, kawan sekuliah, pensyarah, makcik-makcik janitor dan lain-lain tanpa terkecuali.

Kerana sifat iman itu yazid (meningkat) dan yanqus (menurun).


Hmm, saya telah berjaya membawa anda jauh daripada perihal sebenar yang nak dibincangkan ya?

Terus kepada jawapan bagi pandangan saya, saya benar-benar berpendapat hanya ustaz/ustazah yang layak memberi tazkirah. Bukan orang lain. Titik! Siapa yang menyokong saya, kita sekufu.

Dan sesiapa yang menyatakan orang yang bukan ustaz/ustazah juga berhak memberi tazkirah, bererti anda telah membangkang pandangan saya sekeras-kerasnya. Saya ucapkan tahniah kerana pemikiran anda bersikap lebih terbuka. *tepukan untuk diri sendiri

Benar, saya berpendapat hanya ustaz/ustazah yang layak memberi tazkirah. Tapi itu pada zaman dahulu. Zaman saya tidak mengenali Islam dengan sebenar-benarnya. Kini, anyone can give tazkirah. (acah ambik trademark air asia).

Pendirian saya berubah ketika saya melawat tapak pembinaan rumah yang dikendalikan ayah saya sendiri. Ketika kami makan tengah hari bersama para pekerja, kami melihat sekumpulan petani tengah solat di tengah sawah. Satu pemandangan yang menginsafkan, mungkin. Kemudian, salah seorang daripada pekerja tadi berkata:

"Baguh deme ni, semaye tengoh sawoh bila masuk waktu. Zame loni ore banyok bagi alase tokseiy semaye. Kotorlah.. Itulah..Inilah."

Saya sentap seketika. Pakcik ni...

"Dekat akhirat nanti, semua ye ado di sekeliling kito ake jadi saksi. Bade kito jadi saksi ke diri sendiri, binate jadi saksi pada kito, bumi pun jadi saksi, malaikat kane dan kiri dan last sekali Allah sendiri jadi saksi."

"Jange fikirlah demo bole nok nipu kat akhirat nanti. Katolah demo tak semaye, pahtu demo oyak demo semaye. Benda-benda hok (disebut) tadi tu nanti jadi saksi belako. 'Nawok mung!' Tok rajin semaye tapi nipu pulok."

Sejujurnya, saya memerhati pakcik tersebut agak lama. Dia tidak belajar tinggi. Sekadar sekolah menengah sahaja. Pekerjaannya tidaklah bergaji besar. Tukang bina rumah cuma. Namun, apa yang dikatakan sangat bermakna. Menyedarkan kami, umat Nabi Muhammad yang kadangkala culas nak menunaikan solat.

Laksana mutiara di sebalik palitan lumpur.

#JomJadiBaik
#AllahPilihKita
#AM

 

1 comment:

  1. terbaik bro . bahasa klate yg mantop . ana stuju dgn enta

    ReplyDelete