Followers

Monday 19 January 2015

JDK- One big headstart

Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan yang mentadbir sekalian alam semesta, 7 lapis langit dan 7 lapis bumi. Pemberi rezeki kepada hamba-hambaNya dalam pelbagai bentuk : Kehidupan, kesihatan, harta benda, kasih sayang, etc.

Selawat dan setinggi-tinggi penghargaan dihadiahkan buat Rasul junjungan, Nabi Muhammad S.A.W sebagai tanda kita menghargai segala pengorbanan yang baginda lakukan serta dibantu oleh para sahabat. (lebih feeling jika dengar lagu Kasih Padamu Rasulullah-Hafiz Hamidun skrg ni)

Tanpa pengorbanan mereka, mustahil kita dapat mengecapi nikmat Iman dan Islam pada hari ini.

Ehem..ehem.

Baiklah, terus kepada main point.

Tapi, sesuatu main point tak seronok jika tak dikaitkan dengan sesuatu perkara.

Dan kebiasaannya perkara yang seronok dikaitkan adalah sebuah cereka.

Jadi, izinkan saya berkongsi satu fragmen daripada memori saya...





*silau belakang (dibaca: flashback) (lulz..hentam kromo je)




Selepas menamatkan peperiksaan eshpiyem, kami didedahkan kepada sebuah kursus yang akan diadakan selama 21 hari. 

"Pergh!! Lama gila.. Bila bleh enjoy cuti?" Seorang daripada kami bertanya.
" Masa ni lah aku nak habiskan masa buat lesen." Ujar seorang lagi.
" Bosanlah. Dah beratus-ratus kem aku pergi. Habis eshpiyem ni je masa aku nak qadha tido."

Dan berbagai-bagai lagi jawapan yang didengari, tidak kurang juga logiknya.

Rungutan kami berpanjangan, namun dirahsiakan. Tapi entah macam mana, diketahui oleh murabbi2. Ajaib, mungkin dinding dan batu 'bertelinga' dan 'bermulut'. Hasilnya, kami di'brain wash' untuk menyertai kursus tersebut.

JDK. KURSUS JATIDIRI DAN KESUKARELAWANAN

*gaya baca berita

Begitulah gahnya nama kursus tersebut. Untuk pengetahuan semua JDK merupakan sebuah kursus yang terbuka kepada semua pelajar tingkatan 5. Program ini dianjurkan pada setiap hujung tahun,selepas peperiksaan eshpiyem.

Program ini bukanlah seperti kem yang biasa sama sekali. JDK menitikberatkan aspek-aspek Islam. Bermula daripada pentadbiran hingga kepada pelaksanaan. Dari A-Z. Dari hujung rambut, hingga hujung kaki. (baik, hiperbola melampau ><) 

Program ini dibahagikan kepada 7 modul.

Modul orientasi dan perasmian
Modul Anjakan Pardigma
Modul Kemahiran Insan dan Profesional
Modul Kepimpinan Masyarakat
Modul Kemahiran Asas Wanita
Modul Kecergasan Fizikal dan Rekreasi
Modul Khidmat Masyarakat

JDK juga diadakan mengikut 4 zon berbeza iaitu Zon Utara, Zon Tengah, Zon Timur dan Zon Selatan. Jadi peserta diberi pilihan mengikuti kursus JDK di zon yang berdekatan.
____________________________________________________________

Mendengarkan penerangan mengenai JDK, ada antara kami yang bersemangat dan ada juga yang tidak. Mana tidaknya, modul-modul yang disediakan berjaya mengumpan kami (terutama modul Kecergasan Fizikal dan Rekreasi).

Senior-senior juga pernah berpesan kepada kami.

"JDK ni lah tempat sek mung nak kumpul 'bekalan'. Pah ni kat U takut hanyut." Kami tercengang. 
" Masa ni nak buat kawan dengan ramai orang. Nanti hidup sorang2, susah." Garu kepala. 
" Belajar skil survival. Mana tau lepas ni sesat dalam hutan." Satu lagi kenyataan aneh.

Bagi mencari jawapan kepada misteri yang bersarang dalam kepala, kami sepakat menyertai JDK.





Modul pertama berjalan dengan baik. Permainan ice breaking dan team building yang ringkas memudahkan kami mengenali antara satu sama lain dengan cepat (rujuk Kerana Paksi Kita Sama). Tiga kumpulan lelaki dibentuk manakala empat kumpulan bagi perempuan. Huzaifah Al-Yamani, Salahuddin Al-Ayubi dan Saidina Ali. Nama-nama sahabat yang gah dan dikenali dalam lipatan sejarah menjadi nama kumpulan kami.

Haura' Maqsurah (bidadari syurga), Avant Garde (Pembawa Arus Perubahan), Rahmat Syifa' Aulya dan Istisyhad (Pemburu Syahid) menjadi nama kumpulan peserta perempuan.

Bergerak ke Modul Anjakan Paradigma.

Anjakan Paradigma dari sudut bahasa mudah disebut perubahan pemikiran. Dalam modul ini, kami didedahkan kepada ISLAM yang sebenar, realiti masyarakat, kepentingan Tarbiyah dan Dakwah (rujuk DnT), kepentingan organisasi ISLAM dan sebagainya.

Melalui modul ini, fikiran kami telah dibuka, untuk melihat Islam dari perspektif berbeza, daripada pandangan yang lebih luas. Bukan setakat rukun ISLAM yang 5, bukan sekadar ISLAM pada IC.

Seterusnya, Modul Kemahiran Insan dan Profesional

Kerana seorang pemimpin harus berani bertutur.

Kami adalah pemimpin. Hakikatnya, objektif kursus ini adalah melahirkan individu yang mampu berbakti kepada masyarakat. Bagaimana seorang pemimpin akan dipilih atau dipercayai jika dia tidak mempunyai keyakinan? Bagaimana seorang pemimpin boleh diharap sekiranya dia tidak mampu menyelesaikan masalahnya sendiri, apatah lagi orang lain?

Laksana seorang ahli politik, yang duduk menggoyang kaki sambil mengharapkan undi daripada rakyat pada PRU. Berharap yang pipih datang menerbang. Yang bulat datang bergolek.

Justeru, skil seorang pemimpin berwibawa telah diterapkan dalam modul ini dan didedahkan kepada kami supaya kami dapat menjadi pelapis pemimpin masa kini. Untuk membina ummah yang lebih baik. Senyum :)

Hmm, Modul Kepimpinan Masyarakat

Dalam modul ini, kami didedahkan kepada perkara fardu ain dan fardu kifayah. Antaranya adalah dakwah kepada non-muslim, perbandingan agama, pengurusan jenazah, khutbah jumaat, pengucapan awam dan lain-lain.

Tidak rugi sebenarnya jika kita menyibukkan diri kita, berkecimpung dalam hal-hal ini. Kerana menjadi tanggungjawab kita sebagai seorang muslim untuk membantu masyarakat dalam rangka menegakkan agama Allah.

Ramai orang memandang enteng kepada hal-hal fardu kifayah. Mungkin ada yang memikirkannya sebagai 'fardu tak payah'.  Tetapi sekiranya semua orang berfikiran demikian, maka sebenarnya mereka mengalami masalah pemikiran kerana hanya bergantung kepada orang lain semata-mata. Stand on your own two feet. Berdikari.

Kesedaran untuk mengetahui hal-hal fardu kifayah perlu ada dalam diri semua orang. Jika tidak, kita tidak akan maju. Islam tidak akan maju. Kita menjadi contoh yang buruk kepada mereka yang bukan Islam.


Modul Kemahiran Asas Wanita

Modul ini khusus untuk peserta perempuan sahaja. Maka aktiviti yang disediakan merupakan persediaan awal dan pengenalan kepada asas kewanitaan.


Modul Kecergasan Fizikal dan Rekreasi

Seperti namanya, aktiviti yang dijalankan berkait rapat dengan tubuh badan. Ajaibnya, aspek rohani juga tidak dilupakan ketika menjalani modul ini. Aktiviti yang diadakan bertujuan membina tubuh badan yang sihat, memenuhi ciri MUSLIM SEJATI (bakal terbit).

Keberanian kami dicabar apabila dikehendaki melakukan abseiling, turun menggunakan tali daripada bangunan 6 tingkat. Alhamdulillah, semua berjaya turun dengan selamat tanpa kecederaan. Seterusnya, bagi JDK ZON UTARA mereka melakukan aktiviti kayak dan berbasikal. Bagi JDK ZON SELATAN, aktiviti mendaki gunung. JDK ZON TENGAH, aktiviti perkhemahan dalam hutan.

Setiap zon memiliki aktiviti berbeza dan pastinya menarik dan bermanfaat kepada para peserta.


Modul Khidmat Masyarakat

Modul ini mewajibkan para peserta turun padang bagi bergaul bersama masyarakat dan tidak kekok membantu memenuhi keperluan mereka. Antara aktiviti yang dianjurkan adalah membersih tanah perkuburan, gotong-royong membersihkan kawasan perumahan dan sebagainya.

Mungkin, anda berpendapat modul ini sangat membosankan. Begitu juga bagi saya. Sehinggalah saya melihat senyuman dan perasaan gembira yang dipancarkan oleh penduduk kepada kami. Senyuman yang sangat ikhlas dari dasar hati. Gembira melihat belia masa kini mampu berbakti kepada masyarakat.

Mengingatkan saya kepada sebuah video daripada Youtube.

Antara ayat dalam video tersebut:

"What we get worth a living. What we give worth a life." (lebih kurang, x berapa ingat)



Last but not least, saya mengharapkan anda yang membaca, atau anda mempunyai abang/kakak/sepupu/kenalan berumur 17 tahun pada tahun ini dan bakal menduduki eshpiyem: Buatlah yang terbaik kerana Allah dan jadikan JDK sebagai salah sebuah perkara dalam To-Do-List anda.

#JomJadiBaik
#AllahPilihKita


No comments:

Post a Comment