Followers

Thursday 15 January 2015

DnT



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Mencipta sekalian alam, Pentadbir alam dunia dan akhirat. Tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah. Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang untuk menulis.

Rasa macam nak kongsikan isi hati. Kadang-kadang saya rasa malas nak menulis. *menguap
Kadang-kadang saya rasa menulis blog ni hanya membuang masa.
Kadang-kadang saya rasa usaha saya sia-sia je.

 Dan perkara ni buatkan saya nak berhenti. Buatkan saya berputus asa. Dan banyak lagi perkara yang bersarang dalam kepala.

Saya terbaring lesu atas sofa. Fikiran menerawang. Mengimbau kenangan-kenangan di sekolah. Kenangan bersama sahabat. Kenangan bersama adik-adik. Dan kenangan bersama mereka yang saya gelar MURABBI (pendidik).

Dan ketika itu saya terkenang sebuah kata-kata, yang saya kira kata-kata hikmah.

"Kalau enta buat kerja ni, (dakwah dan tarbiyah) enta memang akan letih. Tapi takpe. letih tu tanda enta buat kerja."
-Ustaz Anas-

Mata saya terbuntang. Terus bangun dari sofa. Menghadap laptop. On suis. Menulis. Haha..

Baiklah, sekian itu saja.





Muqaddimah dah habis. Terus kepada main point.

Kali ni, saya nak bercerita juga tentang memori zaman sekolah saya. Orang kata flashback gitue. Baik, saya merupakan bekas pelajar sekolah agama. Dan sekolah saya menitikberatkan perihal dakwah dan tarbiyah.

"Duhai AM, apakah yang dimaksudkan dengan 'dakwah dan tarbiyah' . Silibus pengajaran agamakah? Peraturan sekolahkah? Nama sahabatkah?"

Dakwah secara mudahnya bermaksud 'mengajak seseorang kepada Islam'. Dan lawan kepada 'Dakwah' adalah 'Dakyah'. Mungkin ramai yang menilai bahawa dakwah merupakan tugas yang payah lagi susah. Sekiranya kita menggunakan skala 'level option' seperti dalam permainan PES atau FIFA, mungkin majoriti daripada kita akan meletakkan dakwah dalam level 'World Class'.

Sebenarnya, pelaksanaan dakwah adalah mudah. Bahkan kanak-kanak peringkat tadika juga mampu melakukannya. Percayakah? Baiklah, saya akan beri situasinya.

E.g: Seorang kanak-kanak 4 tahun menegur abangnya yang minum sambil berdiri supaya minum sambil duduk.
  "Abam, che'gu adek ada gitau kat tadika. Nabi ittew ajar minum duduk." *kepelatan kanak-kanak mohon diterima..

Hmm, boleh lihat pelaksanaannya adalah mudah. Syarat untuk berdakwah adalah 1) Beragama Islam. 2) Berakal. 3) Mukalaf (sampai tanggungjawab)

Kadang-kadang saya mendengar ada orang memberi alasan yang tak berapa munasabah.

"Aku ni masih belum sampai seru. Tak boleh berdakwah." 
Awak sudah beragama Islam. Awak berakal. Awak mampu bertanggungjawab. Awak tahu asas-asas agama Islam. Kenapa masih nak berdalih?

"Aku ni selalu buat salah. Tak sesuai nak jadi pendakwah."
Syarat nak berdakwah bukan jadi 'Inche Sempurna', flawless tak buat dosa. Seorang ulama', Syeikh Mustafa Masyhur pernah berkata :

" Perbaiki diri kamu, dan ajaklah orang lain." 

Term yang digunakan adalah 'dan' bukannya 'kemudian'. Even though you make mistakes, that is not the reason for you to not doing the job as a muslim. 

Baik.. rehat sebentar. 30 saat.


Fuh... Tarbiyah pula.

Secara mudahnya tarbiyah bermaksud didikan, asuhan dan yang sewaktu dengannya. Tarbiyah adalah satu proses yang melibatkan hati. Kerana hati adalah raja.

"...ketahuilah bahawa dalam tubuh badan manusia terdapat seketul daging. Apabila baik daging tersebut, maka baiklah seluruh tubuhnya. Apabila buruk daging tersebut, maka buruklah seluruh tubuhnya. Ketahuilah daging tersebut adalah hati."
-HADIS-

Proses tarbiyah merupakan proses yang penting. Kerana tanpanya, kita tak dapat merasai nikmat Iman dan Islam.

Tarbiyah bukanlah segala-galanya, tetapi segala-galanya memerlukan tarbiyah.

Tarbiyah adalah proses yang sangat hebat. Ohsem, pergh! Dengan tarbiyah Islamiyah, Rasulullah S.A.W mendidik dan memproses hati para sahabat (sesetengah orang memanggil tarbiyah seperti clorox yang membersihkan kotoran jahiliyah dalam hati) sehingga mampu menjadi individu yang hebat dan dikenali di mata dunia.

Jika saya bercerita tentang para sahabat, memang tidak akan habis penulisan untuk entry ni. Jadi saya akan menulis dalam entry yang akan datang. Insya Allah.

Selaku orang yang terPILIh, marilah kita menghayati proses Tarbiyah dan seterusnya melakukan Dakwah kepada seluruh umat. Bukan ke kita ni Rahmat kepada seluruh Alam?

#JomJadiBaik
#AllahPilihKita


1 comment:

  1. simple dan ada isi . mudah untuk difahami walaupun bukan dari aliran agama . ohsem , pehhh ! teruskan menulis bro !!

    ReplyDelete