Followers

Tuesday 27 January 2015

Hipokrit

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk hidup, menghirup udara yang diberi secara langsung. F.O.C lagi. Juga, segala puji di atas nikmat Iman dan Islam yang masih lagi Allah berikan kepada kita. Kita adalah individu yang terpilih. Jangan sia-siakan kelebihan ini.

Sebelum melanjutkan lagi penulisan, mohon maaf yang sebanyak mungkin daripada anda : para pembaca budiman yang setia berkunjung.
Kerana tak mampu update entry sekerap dulu. *sorry..sorry (SuJu) haha. Baik, agak hambar. --"

Dah berhabuk dan bersawang mungkin blog ni.


Insya Allah, untuk malam ni saya nak tulis berkenaan the 'H' word. Yes..

HIPOKRIT.

Saya tahu bahawa anda semua tahu, juga mengetahui bahawa orang ramai juga tahu berkenaan perkataan di atas. Percayalah, selaku remaja seperti anda (jika anda sebaya dgn saya) perkataan hipokrit sering meluncur keluar daripada bibir-bibir manusia.

Dan saya percaya, kebanyakan daripada anda mengetahui maksud perkataan HIPOKRIT itu.

"Eleh, mudah saja. Soalan celah gigi. Hipokrit tu berpura-puralah."
"Hipokrit tu, depan orang lain. Belakang orang lain."

Dan saya yakin, jawapan anda lebih kurang serupa dengan ayat-ayat di atas.
Sekali lagi, saya ingin bertanya. Bilakah anda akan mendengar perkataan HIPOKRIT ni?

"Bila ada orang nak berubah, katanya..." Tangan ke bahu, mata juling ke atas


1 situasi.
Seorang gadis muslimah ingin memakai tudung setelah sekian lama dibiarkan rambutnya yang lurus itu terdedah kepada panahan cahaya matahari dan panahan mata lelaki. Apabila disuarakan hajatnya kepada rakan-rakan yang sekufu/sebulu dengannya maka terkeluarlah kata-kata:


"Wei, tak payah nak berlakon jadi baiklah. Tak perlu jadi ustazah, dah jahat terus jadi jahat. Tak payah susah-susah HIPOKRIT ni."


Bagi pembaca wanita, jangan terasa hati. Orang lelaki juga ada situasi yang lebih kurang sama. Cuma ayat yang digunakan mungkin tak sesuai nak dipaparkan dalam blog ni. *senyum 3
Saya berasa aneh.

Adakah salah untuk seseorang tu menjadi lebih baik?

Adakah orang yang berbuat salah tidak boleh membuat perkara yang betul?

Adakah seorang pencuri tidak boleh berhenti mencuri?

Tumbuk dada, tanya iman.

Izinkan saya berkongsi ilmu yang saya dapat hasil pembacaan daripada tulisan saudara Hilal Asyraf dalam buku beliau : Untuk Kita Pendosa, Harapan Selalu Ada.

Dalam buku tersebut, saudara Hilal Asyraf ada menyentuh isu hipokrit ini. Dan beliau juga tidak bersetuju jika label hipokrit diberi kepada mereka yang mahu berubah kepada lebih baik. Kerana pada hakikatnya, secara fitrahnya, kita adalah BAIK.

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi".
(Surah Al-A'raf 7 : 172)

Jadi, sudah jelaskah? Sesungguhnya mereka yang bermaksiat kepada Allah. Mereka yang melanggar hukum Allah. Mereka yang meninggalkan suruhan dan melaksanakan larangan Allah adalah HIPOKRIT yang sebenar-benarnya.

Kadangkala, kita risau dengan sikap yang ditunjukkan oleh masyarakat sekeliling apabila kita mahu berubah. Saya tak menafikannya. Sungguh. Meskipun saya pelajar sekolah agama (bekas), situasi melemahkan semangat orang yang mahu berubah sudah lali dilihat. Sebenarnya, di sini kita boleh menilai target amalan kita yang sebenar-benarnya.

Berubah kerana Allah. Atau,
Berubah kerana manusia.

Seorang yang berjiwa kental tidak akan terkesan dengan tindakan manusia terhadap dirinya.Lihatlah sirah-sirah para sahabat yang mencerminkan keimanan mereka. Mus'ab bin Umair, seorang pemuda kacak dan kaya di kota Mekah. Sebelum beliau memeluk Islam, diriwayatkan bahawa beliau tersangat kaya sehinggakan setiap hari dia memakai pakaian yang serba baru. Tambahan pula, dengan pakej tambahan berwajah tampan beliau menjadi tarikan gadis-gadis muda di Mekah.

Namun, setelah memeluk Islam segala kelebihannya ditarik. Bahkan, ibunya sendiri benci kepadanya. Ibunya mendesak supaya Mus'ab meninggalkan agama Islam dan kembali kepada agama nenek moyang mereka iaitu menyembah berhala. Sekiranya tidak, ibunya akan mogok lapar. Bayangkan sekiranya perkara ni terjadi pada kita. Apakah tindakan kita. Stay or change?

Mus'ab bin Umair, berbekalkan tarbiyah Rasulullah dalam jiwa menegaskan, jika ibu mempunyai 100 nyawa, dan satu-satu keluar daripada tubuh ibu, saya tidak akan berganjak dari pilihan saya.

Nah, itulah pilihan seorang individu yang teguh keimanannya. Beriman kepada Allah semata-mata. Bukan manusia.

Sekiranya anda masih ragu-ragu, buang perspektif negatif tentang hipokrit. ORANG YANG DERHAKA KEPADA ALLAH ADALAH HIPOKRIT YANG SEBENARNYA.

Saya mohon maaf sekiranya ada kesilapan dalam penulisan. Semoga anda beroleh manfaat. Semoga Allah memberkati.

 p/s: Bagi siapa yang berminat, boleh dapatkan buku Untuk Kita Pendosa, Harapan Selalu Ada karya Hilal Asyraf boleh dapatkan di mana-mana kedai buku berhampiran. Insya  Allah bermanfaat.
 
#AllahPilihKita
#JomJadiBaik
 

No comments:

Post a Comment