Followers

Saturday 10 January 2015

Al Kisah : Hati Aku Pasrah (1)

 

بسم الله الحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Maha Penyayang.

  Langkahannya perlahan menapaki lantai rumah yang diperbuat daripada kayu itu. Reput dan rapuh. Perlu lebih berhati-hati. Andai tersilap langkah, pasti jatuh tercium lantai. Tangannya menatang dulang berisi air kosong dan ubat-ubatan dengan berhati-hati. Bunyi batuk terdengar berkali-kali datang dari tingkat atas rumah. Dia bersegera menaiki anak tangga.

  Puan Masyitah mengurut dada yang terasa sesak, batuk lagi. Meskipun sakit, dia cuba sedaya upaya menyembunyikannya daripada dilihat anaknya yang setia menjaganya di rumah. Alhamdulillah, Alifah dah besar, Dah mampu berbakti.. Sebuah senyuman diukir, cuba untuk semanis mungkin. 

  Alifah meletakkan dulang yang ditatang di hadapan ibunya. Pandangannya dialih daripada dulang ubat kepada wajah ibunya. Panahan cahaya mentari yang melalui tingkap menambahkan cahaya dalam rumah, menampakkan wajah Puan Masyitah yang berkedut dimakan usia. Namun, wajah itu sentiasa murah dengan senyuman, menceriakan hati sesiapa yang melihat. 

Uhuk..uhuk

Puan Masyitah batuk lagi. Mulut sempat ditahan dengan sapu tangan. Risau kuman yang terbebas keluar menjangkiti anaknya.Riak wajahnya berubah risau. Alifah merenung ibunya juga dengan penuh risau. Ubat yang diperlukan disediakan segera lalu disuakan kepada ibunya. Puan Masyitah terus menelannya meskipun rasanya pahit, kerana dia berpegang kepada kata-kata orang tua-tua :"Pahit itu ubat. Manis itu racun."

"Alifah. Terima kasih sebab dah tolong ibu." Tangan Alifah digenggam erat.
"Ifah cuma jalankan tanggungjawab Ifah sebagai anak ibu yang prihatin, ringan tulang dan comel je." 
Mereka ketawa. Tawa yang sangat riang. Sudah lama mereka tidak segembira itu. Terasa seperti Allah telah mencampakkan sesuatu yang telah sekian lama menghilang.


"Dah, pergi bersiap. Kejap lagi, Ifah kena jemput adik dari tadika."
"Baiklah ibu."

  Alifah mencium pipi emaknya sebelum bangun dan bergerak ke bilik untuk bersiap. Puan Masyitah menghantar anaknya dengan ekor mata. Apabila anaknya menghilang dari pandangan, matanya tertancap pada sapu tangan di sebelah, yang telah dicemari darah merah.

 __________________________________________________________________________________

  Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup menampar tubuh, meniupkan sedikit kain tudungnya naik ke atas. Alifah lantas memegang hujung tudungnya supaya tidak menampakkan auratnya. Pesan ibu sentiasa diingat:

"Kita ni orang perempuan, kena jaga aurat selalu. Zaman sekarang bahaya ada kat mana-mana."

   Bahang mentari tetap terasa. Alifah mengibas-ngibas kain tudung untuk menyejukkan badan. Tudung labuh berwarna krim yang dipadankan bersama baju t-shirt muslimah berwarna putih dengan corak bunga dan seluar trek hitam menggambarkan Alifah seorang yang ringkas dan tidak suka berhias secara berlebihan atau bertabarruj. Meskipun ringkas, namun keayuan sebagai seorang wanita muslimah terpancar daripadanya.

Tabarruj (berhias) secara berlebih-lebihan merupakan amalan yang dilarang oleh Penutup Segala Nabi, Nabi Muhammad S.A.W. Hal ini kerana, bertabarruj merupakan amalan para wanita zaman Jahiliyah.Islam bukan agama yang menyekat kebebasan, Bahkan, Islam tidak melarang wanita berhias. Islam sebenarnya menjaga keselamatan wanita, khusunya pada zaman ini. Bayangkan andai wanita dibiarkan bebas berhias hingga melampaui batas. Mendedahkan tubuh badan sewenang-wenangnya. Memakai minyak wangi yang sangat kuat (dibaca: mandi minyak wangi). Menayangkan rambut yang panjang seperti Rapunzel dan tidak terlekat pada skala 6.Sudah pasti golongan hawa ini akan menjadi mangsa kepada para lelaki yang tertarik kepada mereka. 

  Jam tangan dikerling. Pukul 12.30 tengah hari. Sebentar lagi, adiknya akan melangkah keluar dari pagar tadika seperti kebiasaannya. 1 minit... 1 minit setengah...

"Akak!!"
 Alifah berpaling secara spontan kepada insan yang memanggil (dibaca :menjerit) namanya. Senyum manis dihadiahkan. Seorang kanak-kanak perempuan berlari anak kearahnya. Tudung warna biru laut yang dipakai anak kecil itu beralun mengikut rentak lariannya. Lantas, dipeluk erat kakaknya, tanda kasih sayang tidak berbelah bagi.

"Adik akak belajar apa hari ni?" Alifah mencubit manja pipi adiknya itu.
"Hari ini Irah belajar solat." 
"Wah, pandainya adik akak ni. Ce jawab soalan akak. Solat fardu ada berapa?"

Si kecil itu mengangkat tangannya membuat isyarat high five. "LIMA!"
"MasyaAllah, pandainya."

Ehem..ehem. Suara asing kedengaran

Siapa pulak yang berdehem rapat sangat dengan aku ni? Alifah berpaling ke belakang. Riak wajahnya berubah seketika. Dahinya berkerut. Tak pernah nampak pun..

"Hai.." 

Alifah keras membatu. Sapaan individu di hadapannya tidak dilayan. Lelaki...
"Assalamualaikum. Tak jawab dosa. :)"

Sekali lagi, Dia malas melayan. Terus menarik tangan adiknya melangkah pergi.
  Hukum asal memberi salam adalah sunat. Manakala menjawabnya pula adalah wajib. Tetapi, dalam situasi itu, Alifah berpendapat lelaki yang menyapanya berniat untuk menguratnya. Maka, dia mengambil langkah berjaga-jaga menjauhi perkara itu

"Akak?"
"Ya, kenapa ni Zinnirah?"
"Akak kenal ke mamat tadi?" Zinnirah mengangkat kening.
"Langsung tak kenal, dan tak ada niat nak kenal!"
"Dah tu kenapa dia..."  Si kecil itu menunjuk ke belakang.

Alifah memusingkan kepalanya, melihat apa yang ditunjuk adiknya. Lelaki tu... melambai-lambai tangan sambil tersenyum terlebih gula. Dia tak mahu ambil pusing. Terus langkah diayun kembali ke rumah.

"Ya Allah, jauhkanlah aku daripada perkara yang Kau benci." Dia bermonolog dalam hati.





2 comments:

  1. Assalammualaikum .
    Ada sambungannya nanti bagitahu ya ? Seronok baca , alhamdulilah diselitkan sekali dengan ilmu2 y baru . semoga terus berjaya dalam bidang penulisan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukran Hamba Allahm insyaAllah dlm masa terdekat

      Delete