Followers

Monday 5 January 2015

Al-Kisah joging Z (sambungan)

Nafasnya turun naik, dada berombak kencang. Tak tau kerana lelah berjoging atau kerana disapa aura gadis2 yg dilihatnya di tepi pantai itu.

Fuh,ngancam..

Z membulatkan tekad, rezeki depan mata jangan ditolak. Hati mengiakan kata-kata nafsu 30 saat yang lepas. Terus, langkahnya berubah arah. Daripada menuju hujung pantai kepada kumpulan gadis yang asyik bergambar. Riak mukanya dikawal sehabis baik ibarat model produk muka Nivea Men (*it starts with you), cuba memastikan wajahnya diingati si gadis sampai bila-bila. Senyumnya juga dilebarkan hingga ke telinga, menampakkan barisan 28 batang gigi yang serba putih ibarat model Darlie. Kalau boleh dia mahu giginya memantulkan semula panahan cahaya matahari tepat mengenai mata-mata mereka yang berada di tepi pantai itu.

Sikit jer lagi... 10 meter, 9 meter, 8 meter, 7 meter, 6 meter, 5 meter...
Dan pada meter yang ke-4, gadis2 tersebut menyedari kehadiran Z yang sedang menghampiri mereka. Dan pada masa itu juga, Z langkah kiri kerana tersadung akar pokok rhu yang kebetulan berada di situ. Dush..satu pusingan ..Debik..dua pusingan..Adeh..tiga pusingan.

Semua yang melihat membesarkan mata, tidak percaya. Ada yang terlopong, ada yang beristighfar. Semua merasa risau melihat Z yang terlentang di atas pasir putih. *risau jugak kalau mati tiba-tiba. Bersama-sama, mereka mendekati Z..sambil mulut terkumat-kamit membaca selawat, mendoakan keselamatan lelaki yang tidak mereka kenali.

"Abam, abam ok ke?"

Z membuka matanya perlahan-lahan. Dan perkara pertama yang terlancar keluar dari bibirnya adalah: "Aku di syurga ke?" Dia kaget apabila melihat makhluk2 anggun berdiri dihadapannya. *speechless

"Taklah, abam kat tepi pantai ni. Tadi abam terjatuh, siap frontflip 3 kali. Pastu terbaring je. Risau pulak kami dibuatnya. Ingatkan dah innalillah.."

Mukanya merah padam. Rasa malu mula menebal dalam diri. Allahu..

"Tak ada apa2. Alhamdulillah saya ok. Pergi dulu."

Matanya berasa hangat, mula memerah. Larian diteruskan ke hadapan tanpa menoleh belakang lagi. Perlahan-lahan, cecair jernih menuruni menyusuri pipinya. Air mata seorang lelaki, air mata seorang hamba yang khilaf.

"Ya Allah, buruknya perangai aku. Aku baru berniat nak buat dosa, tapi Kau terus bagi cash sebagai tanda peringatan. Alhamdulillah, Kau masih izinkan aku untuk terus hidup. Kalau tak, tentu aku dah mati lepas frontflip 3 kali tadi. Ampuni aku, Ya Allah. Ampuni aku..."

_________________________________________________________________________________

Kita manusia. Selalu membuat silap. Selalu khilaf. Thats why, Allah bagi peluang untuk kita hidup satu hari lagi untuk kita bertaubat atas dosa lalu.

#JOMJADIBAIK
#ALLAHPILIHKITA

No comments:

Post a Comment