Followers

Saturday 3 January 2015

Bijaksana vs Bijaksini

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah Maha Penyayang.


"Sesungguhnya, setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati."

"verily that every living creature shall taste death."


Kedua-dua frasa di atas bukan tagline yang biasa. Ia dipetik daripada ayat Al-Quran (Surah Al Anbiya 21: 35). So, as a Muslim kita tahu dan mempercayai 1000% bahawa apa yang diwahyukan oleh Allah kpd RasulNya, Muhammad S.A.W adalah benar, fakta bukan auta.

Dan hari ni, saya menyentuh bab kematian kerana ada kematian berlaku di kawasan perumahan saya. (jom sedekahkan Al-Faatihah). Hakikatnya bagi orang yang beriman, beliau akan merasakan bahawa ia tak lain dan tak bukan serta tiada syak wasangka lagi merupakan peringatan kepada kita yang masih hidup. *Alhamdulillah untuk satu nikmat hidup pada hari ini,

But, the big question mark is, adakah peringatan tu hinggap di tangkai hati nurani kita?? Meskipun sedetik cuma ibarat seekor lalat hinggap pada donat Big Apple.. atau berbekas (makan dalam) seperti dalamnya Tasik Chini. Tepuk dada, tanya iman hangpa.

Ada kalangan manusia, yang mengambil iktibar drpd kematian, kerana dia sedar dan mengetahui bahawa hidup ni sementara, sebentar cuma walhal negeri akhirat itu adalah destinasi terakhir kita. Ini adalah contoh org yang BIJAKSANA. Kerana pemikirannya terjangkau hingga ke akhirat SANA. Sangat kontra dgn mereka yg pemikirannya hanya tersekat dlm lingkungan alam dunia. Ibarat katak under coconut shell, atau BIJAKSINI. 

Sekiranya nak berkongsi tentang pengalaman kematian, saya tak pernah merasai (of course..sebab x mati lagi ><) Tapi pernah dikafan dan diletak dlm liang lahad. Perasaan masa tu pun dh cuak, keluar peluh sejuk di dahi.

Andai kematian menjemput kita hari ini, yakinkah kita satu geng dengan orang2 yg beruntung, atau akan tertonggeng bila dicampak dalam api menyala? *nauzubillah minzalik). Kerana itu ALLAH PILIH KITA, insan2 terpilih untuk kita pilih menjadi hambaNYA yang THORbaek *ambik tukul   dan cuba mengejar nikmat syurga yang luasnya seluas langit dan bumi. :D

Jom jadi BAIK.

ALLAH PILIH KITA

No comments:

Post a Comment